Tajuk : Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera
link : Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera
Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera
Huawei hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk peranti dibawah keluarga Huawei Nova mereka, melalui Huawei Nova 2 dan juga Huawei Nova 2 Plus. Melalui siri Nova, Huawei menyasarkan untuk penawaran beberapa ciri-ciri premium, tetapi dengan penawaran spesifikasi pertengahan – lebih kurang sama seperti siri Galaxy A dibawah Samsung.
Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus ini, pihak Huawei dilihat memberikan fokus terhadap sokongan kamera, yang mana salah satu perkara sedikit mengecewakan pada Nova tahun lepas. Kini, melalui siri Nova 2 dan Nova 2 Plus, Huawei menyertakan sokongan dwi-kamera di belakang selain turut menyertakan kamera selfie hadapan 20-megapixel. Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus menggunakan gabungan lensa 12-megapixel dan 8-megapixel di belakang, yang menawarkan beberapa ciri rakaman gambar, termasuk sokongan merakamkan gambar secara potrait, dan juga zoom secara optikal.
Huawei Nova 2 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.
Huawei Nova 2 Plus pula hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, memori sehingga 4GB RAM, dan juga ruangan storan sehingga 128GB.
Kedua-dua peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan ditawarkan pada harga bermula RMB2500 (~RM1550) untuk Nova 2, dan RMB2900 (~RM1800) untuk Nova 2 Plus.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qjgn0G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera
Anda sedang baca artikel Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/huawei-nova-2-dan-nova-2-plus.html
0 Response to "Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera"
Catat Ulasan