Loading...

Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang

Loading...
Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang
link : Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang

Baca juga


Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang

 

Sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum ke-14, pemimpin sayap pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji memperkenalkan pengagihan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat.

Manifesto yang diiktiraf oleh sayap belia dari semua empat parti komponen HARAPAN, antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

"Di peringkat sekolah rendah dan menengah, kami juga mencadangkan desentralisasi separa pentadbiran sekolah dengan autonomi yang lebih besar untuk sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

"Kami sedar bahawa pendidikan adalah dinamik dan dengan perbezaan yang ketara dalam masyarakat, adalah tidak realistik untuk mengharapkan semua sekolah melaksanakan sistem pendidikan tunggal tanpa hasil yang berbeza," kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau membentangkan manifesto itu dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti di Petaling Jaya.

Perkara penting lain yang diketengahkan termasuk mengulangi ikrar untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti tempatan.

Antara lain, Nik Nazmi turut menunjukkan bagaimana pengiktirafan diberikan oleh semua universiti di negeri yang dikuasai HARAPAN, contohnya, Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Mengenai pelaksanaan pengiktirafan di peringkat persekutuan, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui butiran mengenainya harus dibincangkan lebih lanjut oleh majlis presiden HARAPAN.

"Perkara yang kita bersetuju iaitu status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," kata beliau sambil menambah perbincangan lanjut bertujuan memastikan pengiktirafan tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain dari Selangor dan Pulau Pinang, Sarawak menjadi satu-satunya negeri di bawah kawalan BN yang mengiktiraf UEC untuk pendaftaran di universiti tempatan.



Thus Article Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang

Itulah artikel Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pendidikan-percuma-iktiraf-uec-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang"

Catat Ulasan

Loading...