Loading...

Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara

Loading...
Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara
link : Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara

Baca juga


Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara

Najib Razak berkata, beliau memperkenalkan BBN untuk veteran demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu menyumbang RM1 bilion kepada kerajaan Pulau Pinang, tetapi memansuhkan Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200 setahun kepada pesara tentera tidak berpencen.
Bekas perdana menteri itu mendakwa kerajaan PH mampu memberi pelbagai peruntukan kepada sekolah swasta yang kaya, tetapi tidak mempunyai dana sebanyak RM53 juta untuk membantu veteran.
“Dan ini bukan setiap bulan. Hanya sekali setahun.
“Bukan itu sahaja, malah veteran-veteran yang tidak berumahtangga juga tidak lagi mendapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
Apatah lagi dengan kenaikan gaji dan elaun tambahan mereka yang juga telah dinafikan oleh PH,” tulisnya di Facebooknya malam ini.
Skim BBN diperkenalkan di bawah pentadbiran Najib dan mula diagihkan pada 2016 pada kadar RM1,000 setahun, sebelum dinaikkan kepada RM1,200 pada 2017. Terdapat lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen di seluruh negara.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Datuk Dzulkarnain Ahmad dilaporkan berkata, Kementerian Pertahanan sedang menjalankan kajian untuk mencari alternatif lain meringankan beban kos sara hidup pesara tentera tidak berpencen kerana Kementerian Kewangan tiada dana untuk membayar BBN kepada mereka.
Katanya, RM53 juta yang digunakan untuk membayar BBN kepada veteran tidak berpencen sebelum ini datang daripada penjualan tanah kem tentera bagi tujuan menaik taraf kem sedia ada.
“Tindakan ini telah mengakibatkan program menaik taraf kem-kem ATM sedia ada ditangguhkan. Justeru, bagi 2018 dan 2019, keutamaan diberikan kepada program menaik taraf kem ATM sedia ada yang tertangguh,” katanya hari ini.
Ia susulan keluhan pesara tentera tidak berpencen yang terkilan dengan tindakan kerajaan PH tidak meneruskan skim BBN yang dibayar kerajaan terdahulu menjelang akhir tahun.
Pengerusi Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Pahang, Mohd Sani Ishak sebelum ini dilaporkan berkata, rata-rata pesara terkesan kerana RM1,200 dapat membantu bekas tentera menyara keluarga.
Beliau turut meminta kerajaan PH menaikkan kadar BBN kepada RM2,500 setahun, menambah baik kebajikan pesara yang menghidap penyakit kronik kerana mereka pernah berjuang mempertahankan negara menentang komunis.
Najib berkata, beliau memperkenalkan BBN untuk veteran demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
“Mereka berkorban masa, nyawa dan meninggalkan keluarga untuk menjaga kita. Demi untuk memastikan kita lena tidur di malam hari. Menjaga sempadan, tanpa rungutan dan keluh kesah.
“Jasa veteran ATM kita jangan dilupakan.”-fmt


Thus Article Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara

Itulah artikel Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/najib-ph-mampu-sumbang-rm1-bilion-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara"

Catat Ulasan

Loading...