Loading...

Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut

Loading...
Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut
link : Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut

Baca juga


Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena dua tembakan dalam kejadian di Kampung Teluk Bayu, Besut, malam ini.

Mangsa, Daud @ Wan Ahmad Bin Wan Awang, 68, yang juga pemilik bot perikanan dipercayai keluar minum bersama rakannya yang dikenali sebagai Nek Der pada pukul 5.30 petang di Gerai Dataran Kuala Besut, di sini dengan menaiki kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

Kira-kira pukul 7.30 malam ketika dalam perjalanan ke rumah setelah selesai minum, kereta mangsa tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah di Simpang Tiga, Jalan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.

Suspek dipercayai memakai helmet warna merah dan menutup muka dengan kain.

Dipercayai pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya telah mengacukan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa menyebabkan rakan mangsa yang ketakutan telah terjun keluar dari kereta tersebut.

Manakala mangsa terus memandu kereta berkenaan sehingga terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian.

Suspek melarikan diri sejurus kejadian manakala rakan mangsa menghubungi anak lelaki mangsa dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun disahkan telah meninggal dunia.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat dua kesan luka tembakan iaitu pada bahagian dada kanan dan bahu kanan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya kes masih dalam siasatan dan polis juga sedang giat memburu suspek. – BERNAMA


Thus Article Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut

Itulah artikel Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pemilik-bot-maut-selepas-ditembak-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut"

Catat Ulasan

Loading...