Loading...
Tajuk : Peluang Malaysia sukar
link : Peluang Malaysia sukar
Peluang Malaysia sukar
ARKIB : 15/03/2007
Pemain Malaysia, Sabre Mat Abu (kanan) gagal menyekat kemaraan pemain Jepun, Chikashi Masuda sewaktu aksi pusingan kelayakan Olimpik di Stadium MBBJ, Petaling Jaya, semalam. Jepun menang 2-1.
PETALING JAYA – Peluang Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik 2008 seakan sudah tertutup rapat setelah mengalami kekalahan kedua dan kali ini giliran pasukan pilihan, Jepun menewaskan skuad kebangsaan 2-1 dalam saingan Kumpulan B pusingan kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium MBPJ di sini, malam tadi.
Ini adalah kekalahan kedua skuad bimbingan jurulatih B. Sathianathan selepas tunduk 3-1 kepada Syria dalam perlawanan pertama di Damsyik, sebelum ini.
Dua kekalahan berturut-turut dialami skuad kebangsaan sudah memastikan peluang untuk mencuri salah satu tempat layak ke pusingan seterusnya semakin sukar.
Buat Jepun yang turun selaku pasukan pilihan seperti diramalkan tidak menghadapi laluan sukar dengan dua jaringan menerusi penyerang Sota Hirayama dan Tadanari Lee sudah cukup menjamin kemenangan kedua menewaskan Malaysia.
Kemenangan itu adalah kali kedua buat Jepun selepas mereka menewaskan Hong Kong 3-0 dalam perlawanan pertama.
Sota mencipta jaringan hasil kesilapan benteng pertahanan skuad kebangsaan gagal mengeluarkan bola sepakan percuma pada minit ke-13 apabila dia mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol, Nasril Nourdin
Hirayama yang digantikan dengan Lee menyempurnakan jaringan pada pertengahan babak kedua kurang lima minit dia masuk beraksi untuk mengukuhkan kedudukan Jepun.
Sekali lagi kesilapan benteng pertahanan skuad Olimpik kebangsaan gagal membayangi Keisuke Honda yang membuat larian dari sebelah kanan dan kemudiannya membuat hantaran ke arah Lee yang melepaskan rembatan kencang pada minit ke-77 setelah Nasril terkeluar dari posisi.
Skuad kebangsaan yang ketinggalan menggandakan asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.
Ketika perlawanan berbaki sembilan minit hendak ditamatkan Khyril Muhymeen merapatkan jurang menerusi jaringannya dari sepakan sudut untuk menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.
MALAYSIA: Mohd Nasril Mat Nourdin, Moh Sabre Mat Abu, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Mohamad Syamsol Sabtu, Subramanian Sooryaooarad, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Amirulhadi Zainal (Mohd Azrul Ahmad), Safiq Rahim, Azi Shahril Azmi (Mohd Daudsu Jamaludin), Saramsak Kram, Mohd Azril Abd Hamid (Abdul Manaf Mamat).
JEPUN: Akihiro Hayashi, Masahiko Inoha, Hiroki Mizumota, Naoaki Aoyama, Chikashi Masuda (Hiroyuki Taniguchi), Koki Mizuno, Yohei Kajiyama (Kota Ueda), Toshihiro Aoyama, Akihiro Ienaga, Keisuke Honda, Sota Hirayama (Tadanari Lee).
Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2xneBfi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Peluang Malaysia sukar
Itulah artikel Peluang Malaysia sukar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Peluang Malaysia sukar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/peluang-malaysia-sukar.html
0 Response to "Peluang Malaysia sukar"
Catat Ulasan