Loading...

Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu

Loading...
Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu
link : Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu

Baca juga


Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu

MALAYSIAKINI


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa DAP bercita-cita untuk meletakkan calon menteri besar Kelantan yang patuh kepada parti itu.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengesahkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Politik mereka kini bertunjangkan dendam kesumat. Asal PAS jatuh di Kelantan, maka siapa pun menang tidak mengapa. DAP nak perintah Kelantan tidak boleh, akhirnya mereka atur orang yang boleh dikuasai untuk memimpin Kelantan," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata pada akhirnya, rakyat Kelantan akan membuat keputusan siapa tokoh yang layak menjadi menteri besar.

"Rakyat Kelantan berhak tentukan MB yang akan pimpin negeri mereka. Apakah mereka mahu MB yang patuh DAP atau MB yang punya karisma tinggi bagi meneruskan legasi kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz," katanya.

Semalam, Lim, ketika lawatannya ke Kelantan, berkata beliau berharap Husam akan menjadi menteri besar di negeri itu pada Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Husam, yang dipecat dari PAS dan kemudian menyertai AMANAH ditugaskan mengetuai parti baru itu di Kelantan.

Pernah menjadi anak didik kepada Nik Aziz, beliau diketepikan selepas pemimpin PAS yang dihormati itu meninggal dunia.




Thus Article Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu

Itulah artikel Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/nasrudin-rakyat-kelantan-tentukan-mb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasrudin: Rakyat Kelantan tentukan MB mereka mahu"

Catat Ulasan

Loading...