Loading...

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Loading...
Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.
link : Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Baca juga


Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. | Assalamualaikum wbt. Mempunyai anak-anak yang aktif dan lasak merupakan cabaran yang hebat untuk ibu dan ayah. Kalau seorang dua anak, ok lagi kot. Tapi kalau lebih? Mak aii, pening jugak kepala kan. Dah tentu macam-macam kerenah anak-anak ni. Macam cikla, cikla mengaku yang anak-anak cikla empat-empat semuanya 'aktif,' lebih-lebih lagi abang Ammar. Memang dua kali ganda aktif dari adik beradiknya. Siapa yang ada anak-anak yang aktif taulah macam mana kan... Yang si kenit Zara pun dah pandai nak menakal dah. Dah pandai nak panjat sana, panjat sini... Huhu.

Disebabkan kelasakan mereka ni, kadang-kadang memang tak dapat nak elak jugak  'kemalangan' kecil dari berlaku. Baru-baru  ni, kakak Damia luka kepalanya sebab terhantuk pada bucu dinding kat dalam bilik. Cikla pun tak pasti macam mana dia boleh jatuh. Main-main dengan adiknya kat dalam bilik. Tau-tau dah menjerit dah. Kalau bawak pergi klinik, agak cikla memang mendapatkan sejarum dua jahit kat kepalanya tu. Tapi cikla letak minyak gamat je. Alhamdullillah, sekarang ni luka dan baik pun. Parut  pun takde. Dua hari lepas, si abang Ammar pulak, main lari-lari. Lepas tu, dia pergi langgar tiang pintu bilik. Lekuk jugaklah dahi. Cepat-cepat tuam, mujurlah tak benjol besar... Huhu.

Memanglah orang cakap 'malang tak berbau'. Tapi, sebagai ibu ayah yang prihatin ada langkah-langkah keselamatan yang boleh kita amik untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku. Tak kisahlah kalau kita perlu 'melabur' sikit demi keselamatan anak-anak kita kan. Nanti jangan esok-esok kita menyesal pulak kalau apa-apa yang buruk berlaku. Orang cakap, 'menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna wehhhh...'

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.


So, ada beberapa langkah keselamatan yang kita boleh ambil untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah, iaitu:

  • Pasang jeriji besi atau penghadang tingkap untuk semua tingkap yang boleh dibuka di rumah. 
  • Pasang pagar keselamatan pada tangga rumah kalau ada. 
  • Pastikan takde barang atau mainan yang ada di tangga untuk mengelakkan anak terpijak dan seterusnya terjatuh. 
  • Pastikan anak tak bermain di atas tangga atau melompat di antara perabot. 
  • Elakkan dari membiarkan baby atau anak kita yang masih kecil berada di tempat yang tinggi seperti dekat atas katil atau sofa. 
  • Pastikan palang katil sentiasa diangkat bila anak berada di dalamnya. 
  • Membalut bucu perabot atau meja yang tajam untuk mengelakkan kecederaan berlaku jika anak terhantuk padanya. 
  • Sebaiknya elakkan dari membentang karpet atau permaidani yang kecil dan ringan di atas lantai. Bukan apa, permaidani sebegini akan mudah beralih kalau anak berlari di atasnya. Nanti tak pasal-pasal jatuh pulak kang. 
  • Sebaiknya, tak kiralah anak berbasikal atau bermain kasut roda galakkan anak memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan di kepala kalau mereka terjatuh.


Ada banyak lagi langkah keselamatan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Apa yang penting, kita sebagai ibu dan ayah sepatutnya prihatin dan peka dengan keselamatan anak kita terutama kalau anak kita seorang yang aktif dan lincah. Kena double perhatiannya. Hehe...

Semoga bermanfaat...


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.



Thus Article Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Itulah artikel Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tips-keselamatan-untuk-mengelakkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah."

Catat Ulasan

Loading...