Loading...
Tajuk : LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD
link : LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD
LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD
Nasib baik gua abam spesyel sikit dari korang sebab ada Wifi. Dapat juga menulis dalam kesyahduan selepas kena baham dengan Spurs. Pada yang kecewa dengan prestasi sekarang, bawa-bawalah bersabar. Langit takkan selalu mendung. Lagipun bukan korang tak terbiasa tengok Liverpool kalah kan. Kalau nak geram pun kita paling kuat menyentap dan mengomel dalam blog, forum dan wassap Liverpool. Kita bertuah sebab belum lagi dengar ada peminat Liverpool kemurungan macam peminat Arsenal yang bunuh diri sebab tak boleh terima kekalahan. Telinga peminat sejati Liverpool dah tebal dan kalis kena bahan.
Abam tengok sekarang Klopp dan pemain ada sedikit masalah dalam permainan. Kita tak tahu kepercayaan Klopp dikhianati pemain atau pemain tak reti atau tak paham arahan taktikal Klopp. Korang tengok dalam dunia bolasepak beberapa kelab sahaja berani main macam kita. Yang berjaya setakat ni Barcelona dan Man City, itupun sebab Guardiola kan. Cuma kekhilafan Klopp ialah terlalu ingin melatih pemain sedia ada supaya cemerlang dalam taktik beliau. Dalam latihan mungkin segalanya sempurna sebab main sesama sendiri kot. Bila main betul lain jadi plak.
Kesabaran atau keboleh percayaaan Klopp dengan skuad sedia memang ada had. Korang jangan bimbang. Peluang diberikan kepada beberapa pemain yang kokak sebelum ni. Ada yang meningkat dan ada yang masih koyak. Setiap dari mereka sedang dinilai oleh Klopp. Ingat lagi kat Dortmund Klopp ambil masa 3 musim baru dapat pasukan terbaik beliau. Jadi pemain keluar masuk dan masih kekal tak keluar-keluar korang kena tunggu sebelum tempelak Klopp. Macam kes Lovren, abam rasa reaksi dikeluarkan 30 minit, itu isyarat tegas Klopp bukan sentiasa boleh berkompromi nak kesian2.
Ada ura-ura beberapa pemain yang kurang memuaskan masa lawan Spurs akan kena jadi simpanan jap. Bukan Klopp nak menghukum, tetapi bagi mereka hilangkan ketegangan dan perbaiki mental yang koyak. Macam kes Lovren, beliau bukan sahaja terpaksa makan pil, tetapi masalah keluarga jadi perhatian media terutama tabloid hanat "The Sun" sikit sebanyak gangu prestasi beliau. Kesian abam tengok sampai dia tak tahan kena bahan hingga buang Liverpool dan padam akaun media sosial. Korang ingat korang saja kena bahan, Lovren lagi teruk. Korang jangan buat Lovren terjun lombong plak. Kesian keluarga dia.
Mignolet juga sasaran seterusnya. Klopp tak zalim kalau bagi peluang kepada Karius plak kan. Sebab sistem meritokrasi perlu untuk bagi semua pemain peluang jika ada saingan mereka nampak lemau. Abam lebih suka Ward yang dapat peluang berbanding Karius sebab pemain muda Jerman itu pun pernah buat badut sebelum-sebelum ni. Kita bukan nak tengok Pennywise dalam diri Ward. Cuma belum cuba belum tahu samada Ward adalah penjaga gawang yang kita cari-cari selama ni. Bila Mignolet dengar bakal diturun pangkat, tup-tup berita keluar Liverpool nak bida, bekas lejen Sepanyol dan Real, Cassillas. Rasanya kalau betul mungkin masadepan Mignolet akan kelam.
Liverpool tiada persengketaan dengan Huddersfield, malah kita salut mereka sebab tibai Setan Merah minggu lepas. Apatah lagi pengurus mereka David Wagner rakan karib Klopp. Jadi kita anggap perlawanan nanti perlawanan adik-abang. Namun begitu jangan dok buat kesian plak dekat pasukan lawan sebab kita perlukan kemenangan. Tetapi apa yang Klopp kena hati-hati Wagner memang tahu taktikal Klopp dan Klopp juga pasti kena ejas sedikit taktikal untuk elak jadi macam soalan bocor. Kalau tak semua lawan nak susun bas untuk ambil kesempatan.

Karius
Trent Matip Gomez Moreno
Grujic Hendo Milner
Salah Firmino Coutinho

Thus Article LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD
Itulah artikel LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/liga-perdana-liverpool-lawan.html
0 Response to "LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD"
Catat Ulasan