Loading...

Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu

Loading...
Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu
link : Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu

Baca juga


Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu


KUCHING – Ini bukan premis di China atau Vietnam tetapi berlaku di Malaysia malahan lebih dahsyat di Sarawak yang kini kecoh dengan penularan wabak penyakit rabies atau anjing gila.

Aktiviti haram seorang pengusaha gerai makanan yang bebas menyembelih serta menjual daging anjing di Lorong Rambutan, Sibu akhirnya terbongkar selepas suspek berjaya ditahan pihak polis dalam operasi khas semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berusia 54 tahun itu yang juga pemilik premis tersebut ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjual daging anjing.

Turut dirampas ialah dua ketul daging haiwan najis berat mughallazah itu. Menurut beliau, suspek juga mengaku sudah lama terlibat aktif dalam kegiatan tidak bermoral tersebut dan akan direman untuk siasatan lebih lanjut.

Turut serta dalam serbuan kira-kira pukul 2.35 petang itu ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Veterinar Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu. Daging anjing itu ditemui sudah dibersihkan dan disimpan dalam sebuah peti sejuk.

Media tempatan melaporkan bahawa daging anjing berkenaan akan diperiksa di sebuah makmal sains untuk mengenal pasti usia sebenar haiwan mamalia tersebut disembelih dan sama ada ia dijangkiti dengan rabies.

Serbuan secara mengejut oleh pihak berkuasa itu dilakukan ekoran kebimbangan penduduk terhadap peningkatan wabak anjing gila di Sarawak yang sudah meragut nyawa mangsa tidak berdosa di daerah Serian pada 4 Julai lalu.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan terdapat satu lagi kes baharu rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal sekali gus menjadikan empat kes berjaya dicatatkan di negeri itu.

Dua beradik, Jackson Mazlan, 4, dan kakaknya, Monica, 6, meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak di sini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu

Itulah artikel Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/kedai-sembelih-jual-daging-anjing-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kedai Sembelih, Jual Daging Anjing Di Sibu Diserbu"

Catat Ulasan

Loading...