Loading...
Tajuk : Bicksei perlu bertindak pantas
link : Bicksei perlu bertindak pantas
Bicksei perlu bertindak pantas
ARKIB : 07/09/2005
KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad negara, Bertalan Bicskei perlu bertindak pantas memikirkan strategi dan meningkatkan semula semangat anak-anak buahnya selepas dibelasah teruk oleh Thailand pada separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah-23 AFF di Bangkok kelmarin.
Dalam perlawanan di Stadium Tentera Diraja Thai itu, skuad negara dimalukan dalam persiapan mereka ke Sukan SEA apabila kalah 7-0 dengan bintang tuan rumah, Teerathep Winothai mencipta jaringan hatrik.
Tetapi, daripada memikirkan perkara yang telah lepas dan apa kesilapan yang telah dibuat, Bicskei perlu memikirkan perkara yang lebih utama - memantapkan pasukan dengan perancangan lebih teratur bagi berdepan dengan Myanmar dan memastikan anak-anak buahnya pulang dengan lebih bermaruah.
Perlawanan dengan Myanmar untuk merebut tempat ketiga itu akan berlangsung hari ini selepas Myanmar kalah 2-1 kepada Singapura dalam satu lagi separuh akhir kelmarin.
``Thailand memiliki pasukan yang lebih bagus kali ini,'' kata Bicskei dari Bangkok semalam.
``Ini adalah kali pertama saya mendapat kekalahan dengan jumlah sebegini dalam tempoh 30 tahun karier saya dan saya tidak dapat memahami mengapa ia berlaku. Saya sungguh malu.
``Tidak mengapa kalau kalah tetapi bukan sebegini besar.
``Kini kami perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya. Kami perlu menilai di mana perlukan pembaikan sebelum membuat perubahan untuk Sukan SEA,'' katanya lagi.
Menurut Bicskei, antara faktor yang menguatkan keyakinannya bahawa pasukan bimbingannya memiliki kemampuan untuk meningkatkan keupayaan adalah bersandarkan kepada fakta bahawa mereka masih mempunyai beberapa pemain bagus yang tidak dibawa ke Bangkok.
Antara yang tidak bersama pasukan ketika ini ialah penyerang, Mohd. Nor Ismail, pemain sayap, Mohd. Ivan Yusoff dan Fauzi Saari serta pemain tengah, Mohd. Fadzli Saari.
``Saya fikir adalah lebih elok kita tumpukan perhatian kepada perlawanan dengan Myanmar lebih dulu sebelum mencari penyelesaian tentang bagaimana kita akan berdepan dengan Thailand (di Sukan SEA),'' tambah Bicskei
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2qKPOxL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Bicksei perlu bertindak pantas
Itulah artikel Bicksei perlu bertindak pantas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bicksei perlu bertindak pantas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bicksei-perlu-bertindak-pantas.html
0 Response to "Bicksei perlu bertindak pantas"
Catat Ulasan