Loading...

Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah

Loading...
Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah
link : Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah

Baca juga


Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah


LAZIMNYA setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak bernasib baik apabila masih lagi basah terkena tempias terutama jika hujan lebat dengan angin kencang!

Bagaimanapun satu rakaman video unik dari luar negara ini memperlihatkan sejenis model payung ‘pelik’ yang menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia apabila sudah ditonton lebih 15 juta kali.

Bayangkanlah dengan hampir 19,000 perkongsian sejak dimuat turun Rabu lalu, video amatur ringkas disiarkan Today KLIP 2.0 yang berdurasi hanya 18 saat itu memaparkan seorang wanita muda ‘memakai’ payung tersebut.

Individu berkenaan yang berbaju blaus lengan pendek warna merah jambu dan skirt mini hitam sambil menyandang tas tangan itu kelihatan menunggu bas di bahu jalan sebuah hentian pengangkutan awam darat di luar negara.


Tiada maklumat lengkap mengenai insiden ini berlaku di mana dan bila tetapi aksi bersahaja wanita tersebut ‘gagal’ dibasahi hujan akibat dilindungi payung istimewa berkenaan cukup mencuit hati ramai pengguna media sosial.

Pentadbir akaun Facebook itu yang cuma menulis tajuk berbentuk persoalan Payung model terbaharu 2017? mungkin terkejut apabila video tersebut tular sehingga menerima 22,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.

Ramai meluahkan kekaguman dengan kehebatan payung itu mampu melindungi pengguna daripada percikan hujan malahan lapisan kain pelindung yang telus jernih membolehkan si pemakai boleh bergerak bebas tanpa masalah.

Apa yang menjadi tanda tanya, di manakah boleh didapati payung berbentuk ‘kelambu’ sedemikian dan berapakah harga jualannya atau mungkin juga rakaman ini cuma lakonan jenaka pihak tertentu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Thus Article Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah

Itulah artikel Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/dengan-payung-ini-dijamin-langsung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dengan Payung Ini Dijamin Langsung Tidak Basah"

Catat Ulasan

Loading...