Loading...
Tajuk : FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan !
link : FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan !
FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan !
Pengerusi Biro Felda dan Perladangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pergolakan dalaman FGV yang turut membabitkan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah peluang terbaik membersihkan FGV dan mengembalikan hak peneroka felda.
“Saya amat terkesan dengan kenyataan Zakaria yang meminta SPRM menyiasat perkara ini kerana ia menujukkan sesuatu yang serius. SPRM jangan berlengah.
“Saya harap SPRM jangan berdalih kerana saya percaya badan itu mempunyai bukti dan sebagai Pengerusi Biro Felda yang sebelumnya memegang Pasukan Khas Felda Selangor, saya minta supaya kedua tokoh ini memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat,” katanya.
Katanya, penjelasan itu perlu dibuat khususnya kepada peneroka felda yang mempunyai kesan signifikan dengan perkembangan FGV, terutama apabila saham FGV jatuh merudum.
Shamsul Iskandar yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, Isa juga perlu meletak jawatan apabila berlaku salah urus tadbir korporat syarikat itu.
“Ini padahnya apabila lantik orang yang pernah terpalit dengan skandal politik wang.
“Isa Samad sepatutnya berhenti lama sebelum ini tetapi diberikan peluang sekali lagi dan apabila terdapat salah urus tadbir korporat, maka sewajarnya pengerusi FGV meletak jawatan,” katanya. #sumber
Thus Article FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan !
Itulah artikel FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/fgv-salah-guna-kuasa-pkr-gesa-sprm.html
0 Response to "FGV: Salah Guna Kuasa, PKR Gesa SPRM Tidak Lengahkan Siasatan !"
Catat Ulasan