Loading...

DAP kesal sikap membisu ROS

Loading...
DAP kesal sikap membisu ROS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP kesal sikap membisu ROS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP kesal sikap membisu ROS
link : DAP kesal sikap membisu ROS

Baca juga


DAP kesal sikap membisu ROS

MALAYSIAKINI


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sepatutnya menghantar notis rasmi kepada DAP selepas ketua pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah pada 7 Julai lalu mengumumkan parti itu mesti mengadakan pemilihan semula.

Ketua Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata pihaknya tidak menerima pemberitahuan itu secara rasmi sehingga 5 petang semalam sejak Razin mengumumkan perkara itu di media.

"Ia seolah-olah ROS (ketua pengarah) tidak mempunyai asas untuk menyokong keputusannya, mahupun secara profesional menulis kepada kami secara rasmi bagi menyampaikan keputusan itu," kata Gobind dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menuntut Razin meletak jawatan.

Sebelum ini, Gobind berkata notis rasmi dari ROS adalah sangat penting kerana ia perlu menjelaskan keputusannya serta arahan yang harus dipatuhi DAP.

Bagaimanapun, tanpa kehadiran surat itu, Gobind berkata DAP mungkin bergantung dengan  kenyataan ROS kepada media mengenai status parti itu.

"Kami akan menulis kepada ROS pada hari Isnin untuk menyampaikannya kepada beliau," katanya.
Gobind berkata jawatankuasa eksekutif pusat DAP juga akan bermesyuarat pada 19 Julai untuk memutuskan tindakan seterusnya.

Razin berkata pemilihan semula DAP yang diadakan pada 29 September 2013 tidak sah kerana parti itu sepatutnya menggunakan senarai perwakilan penuh bagi pemilihan parti pertama yang diadakan pada 15 Disember 2012.

DAP mengadakan pemilihan semula berdasarkan senarai perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan pertama pada 15 Disember 2012.

Pemilihan semula kali kedua itu diadakan kerana berlaku kesilapan dalam perisian microsoft excell pada pemilihan pertama hingga menimbulkan keraguan.

Sekiranya DAP mematuhi arahan terkini untuk pemilihan semula sekali lagi, ia akan menjadi pemilihan kali ketiga bagi kepimpinannya untuk penggal 2013-2016.

Tempoh kepimpinan 2013-2016 tamat September lalu, tetapi DAP boleh menangguhkan pemilihannya selama 18 bulan mengikut perlembagaannya bagi membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.




Thus Article DAP kesal sikap membisu ROS

Itulah artikel DAP kesal sikap membisu ROS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP kesal sikap membisu ROS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/dap-kesal-sikap-membisu-ros.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP kesal sikap membisu ROS"

Catat Ulasan

Loading...