Loading...
Tajuk : Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum
link : Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum
Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum
DETIK DAILY |
KOTA KINABALU, Kelantan bukanlah negeri pertama yang melaksanakan sebat depan orang awam kerana hukuman itu terlebih dahulu sudah dilaksanakan di Sabah.
Ketua Hakim Syarie Sabah berkata kali terakhir hukuman dilakukan pada tahun lalu, apabila dua pesalah disebat di dewan mahkamah syariah Tawau, disaksikan orang ramai yang hadir di mahkamah ketika itu, lapor Berita Harian.
“Selain itu, pada tahun 2014 juga ada seorang pesalah wanita dikenakan hukuman rotan tetapi ditangguhkan selepas pesalah terbabit disahkan sedang hamil oleh pegawai perubatan,” kata Datuk Jasri Nasip Matjakir seperti dilapor portal itu.
“Wanita itu disabitkan kesalahan melakukan persetubuhan haram dan dijatuhi enam sebatan, penjara tiga tahun serta denda sebanyak RM5,000. Bagaimanapun, atas permintaannya dia hanya dihukum sebat.”
Katanya hukuman terhadap wanita itu dibuat berdasarkan cadangan daripada Jabatan Penjara sendiri.
Kelmarin Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 2002 yang membolehkan pesalah dihukum sebat di khalayak ramai bagi kesalahan zina, liwat dan minum arak.
Rang Undang-Undang (RUU) itu juga memperuntukkan kuasa kepada penguatkuasa agama menggunakan gari ke atas suspek dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Thus Article Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum
Itulah artikel Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/bukan-kelantan-tapi-sabah-dulu-sudah.html
0 Response to "Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum"
Catat Ulasan