Loading...
Tajuk : Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?
link : Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?
Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?
RUPA-rupanya bekas juara Akademi Fantasia musim keempat, Muhammad Faizal Ramly telah pun sah bercerai dengan isterinya pada Disember lalu.
Perkahwinannya dengan bekas isteri, Sahidatul Najiha merupakan perkahwinan ketiganya.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Faizal mengatakan dia sudah memaafkan isterinya dan redha dengan apa yang berlaku.
Menurut Faizal, bekas isterinya itu mungkin tidak dapat memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni sekali gus menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
Bertitik tolak daripada kenyataan Faizal, Sahidatul telah membuat kenyataan balas di akaun Facebooknya.
Bekas isteri Faizal, Sahidatul Najihah agak berang kerana dia dituduh menjadi punca keretakan rumah tangganya sendiri.
Sahidatul juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal merupakan seorang kaki pukul dan main perempuan? Uishh betul ke ni Faizal?
Beliau juga telah berkongsi posting dari laman Facebook URTV mengenai video kenyataan bekas suaminya itu.
“Berbangga benar bagitahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertanggungjawab dari segi mana tuu? Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Tingg tinggg habuk pun takdakkkk!” berikut merupakan kapsyen yang ditulis Sahidatul.
Sahidatul juga tidak menyalahkan peminat Faizal kerana dia faham bahawa bekas suaminya itu merupakan seorang artis. Jadi tak terkejutlah kalau netizen semua nampak yang buruk sahaja pada dirinya.
Sahidatul juga dikatakan telah menfailkan penceraian kerana baginya rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?
Itulah artikel Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/bekas-isteri-bengang-faizal-af-tuduh.html
0 Response to "Bekas Isteri Bengang Faizal AF Tuduh Dia Punca Cerai?"
Catat Ulasan