Loading...
Tajuk : Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat
link : Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat
Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat
SETIAP tahun, kira-kira 2,000 wanita akan berbaris selama enam jam dan menahan kesakitan semata-mata kerana mahu dirotan dalam satu ritual untuk membebaskan mereka daripada `roh jahat’.
Upacara berkenaan diadakan di kuil di Trichy, selatan India.
Mereka akan melutut untuk dipukul oleh sami. Ramai yang menangis akibat kesakitan tetapi menahannya dengan harapan mereka akan sembuh.
Salah seorang daripada mereka ialah kanak-kanak sekolah yang disuruh oleh ibu bapanya untuk berbaris.
“Ibu bapa saya menyangka saya dirasuk hanya disebabkan saya tidak minat belajar.
“Kini kawan-kawan saya akan ketawakan saya apabila mereka melihat parut ini selepas menghadiri upacara untuk mengubati penyakit mental,” katanya sambil menangis.
Ada juga remaja perempuan yang dibawa oleh ibu bapa mereka ke situ sama ada disebabkan mereka belum datang haid atau mengalami haid yang tidak teratur.
Sami-sami di situ bagaimanapun mempertahankan tindakan memukul pesakit dan menyatakan ia bukan satu jenayah. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat
Itulah artikel Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/sanggup-dirotan-semata-mata-mau-buang.html
0 Response to "Sanggup Dirotan Semata-Mata Mau Buang Roh Jahat"
Catat Ulasan