Loading...

8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen

Loading...
8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen
link : 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen

Baca juga


8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen






Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas tiga buah kotak yang dipercayai mengandungi dokumen berkaitan pembelian hotel empat bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Kesemua lapan orang anggota penguatkuasa suruhanjaya berkenaan turun ke lobi Balai Felda di Jalan Gurney, Kuala Lumpur pada jam 5.45 petang- selepas hampir 8 jam di bangunan berkenaan.
SPRM tiba di Balai Felda pada jam 10.20 pagi tadi.

Mereka turun ke lobi sambil membawa troli dengan tiga buah kotak berwarna kuning dan selepas itu, kesemua anggota penguatkuasa terus menaiki kereta tanpa bercakap kepada pihak media.

Pagi tadi, Malaysiakini melaporkan, SPRM melakukan serbuan ke atas FIC ekoran pembelian hotel empat bintang di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015.

Ia ekoran, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan penyiasat membuka kembali kertas siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan.

Langkah itu diambil susulan suruhanjaya itu mendapat maklumat baru berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, pasukan penyiasat juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperoleh.

Menerusi maklumat siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

SPRM pada Mei 2015 tidak mendapati sebarang salah laku dalam transaksi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low memberitahu parlimen bahawa siasatan SPRM tidak menjumpai asas kesalahan mana-mana pihak dalam kes pembelian hotel Grand Plaza Kensington bernilai RM538 juta.

Beliau bagaimanapun berkata pihak yang mempunyai maklumat tambahan boleh mengemukakannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

LIHAT VIDEO DI SINI




Thus Article 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen

Itulah artikel 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/8-jam-serbuan-sprm-punggah-3-kotak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "8 jam serbuan, SPRM punggah 3 kotak dokumen"

Catat Ulasan

Loading...