Loading...

5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan

Loading...
5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan
link : 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan

Baca juga


5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan

Image result for 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan


Banyak perkara yang berubah semasa kita berada di dalam bulan Ramadan. Jika tidak banyak pun, tetap ada perubahan dalam diri kita. Ini kerana adanya kesedaran tentang kepentingan bagi menghormati bulan tersebut.
Tetapi, apa yang berlaku selepas Ramadan sebahagiannya agak mengecewakan sedangkan Ramadan adalah masa terbaik melatih diri menjadi umat Islam sebenar.
Lalu ia sepatutnya terus kekal selepas itu selama mana kita bergelar seorang Muslim. Jadi, bagi anda yang mahu kekal berada di dalam kebaikan selepas Ramadan, berikut 5 tips untuk anda;

#1 – Berdoa

Sebelum kita melakukan apa-apa, perkara terpenting adalah berdoa agar apa yang anda ingin lakukan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Jadi, berdoalah kepada Allah agar anda kekal istiqamah dalam meneruskan kebaikan selepas Ramadhan.

#2 – Bedah Ramadan

Mula-mula, imbas kembali usaha yang berjaya dan tidak semasa bulan Ramadan.
Mungkin anda tidak sempat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. Mungkin anda ada berniat untuk banyak bersedekah tetapi sesuatu telah menghalang anda.
Mungkin anda mahu bangun bertahajud setiap hari tetapi tidak berjaya. Mungkin anda mahu berhenti merokok dan sebagainya.
Oleh itu, cuba buat jadual baru yang ada semua itu di dalamnya. Jika semasa Ramadan anda berjaya dengan semua, ini adalah satu lagi alasan terbaik untuk anda meneruskannya selepas Ramadan.

#3 – Setiap Hari Adalah Ramadan

Layanan kita terhadap Ramadan amat baik kerana kita tahu adanya ganjaran di dalamnya yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan seterusnya.
Namun, perlulah kita ingat dan sedar bahawa amalan-amalan seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat-solat sunat, menjaga percakapan, pendengaran dan penglihatan adalah tetap berpahala walaupun kita sudah meninggalkan Ramadan.
Daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata:
“Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“Bacalah al-Quran, kerana pada hari Kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya.”Riwayat Muslim no.804
Allah berfirman (maksudnya):
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya, sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, nescaya Tuhanmu mengangkatmu pada hari akhirat ke maqam yang terpuji.”Surah al-Isra:79
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya setiap manusia daripada keturunan Adam diciptakan dengan memiliki 360 ruas tulang. Sesiapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari jalan, beramar makruf, atau bernahi mungkar sebanyak 360 kali, bererti sesungguhnya pada hari itu dia telah menjauhkan dirinya dari neraka.”Riwayat Muslim no. 1007

#4 – Kekal Bersemangat

Tiada alasan jika mahukan sesuatu. Apa yang perlu dilakukan hanyalah bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya.
Mungkin ada kesukaran pada peringkat awal kerana ia belum menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita. Itulah cabarannya merutinkan sesuatu perkara yang baru.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sudah ramai yang berjaya melakukannya. Anda boleh mulakan dengan berpuasa sunat 6 hari semasa bulan Syawal.
Teruskan mencari ilmu, memantapkan pengetahuan agama yang ada dalam diri, dan bermuhasabah diri. Cari rakan yang boleh sama-sama memotivasikan diri masing-masing dalam membuat kebaikan.
InsyaAllah, Allah akan membuka jalan walaupun dari hal yang tidak disangka-sangka.

#5 – Memantau Diri

Selepas Ramadan, persekitaran anda juga akan berubah. Mereka yang berada di sekeliling anda, mulai tidak mencerminkan suasana berpuasa.
Rancangan di televisyen juga berubah. Jika anda tidak berhati-hati, anda sendiri pun boleh jadi kembali kepada leka dalam solat, tidak menjaga percakapan dan tidak membaca al-Quran.
Cuba ingat kembali bagaimana anda berjaya menolak nafsu yang menyuruh anda menolak kebaikan semasa Ramadan. Jika anda berjaya semasa Ramadan, tidak mustahil anda juga boleh berjaya selepas Ramadan.
Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral


Thus Article 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan

Itulah artikel 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/5-tips-untuk-anda-istiqamah-melakukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "5 Tips Untuk Anda Istiqamah Melakukan Kebaikan Selepas Ramadan"

Catat Ulasan

Loading...