Loading...

KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit

Loading...
KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit
link : KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit

Baca juga


KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit


KUALA LUMPUR Kepong Bhd (KLK), merupakan antara empat syarikat perladangan utama Malaysia yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa sejak penubuhan syarikat itu lebih dari seabad lalu.

Ditubuhkan pada 1906, syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Syarikat Getah Kuala Lumpur (KLRC) pernah tersenarai dalam bursa saham setahun selepas digabungkan dengan syarikat lain di London.

Dengan modal sebanyak £180,000, bersamaan RM984,000, KLRC berjaya mengambil alih lima ladang dengan menjadikan getah dan kopi sebagai tanaman utama melibatkan keluasan 640 hektar di sekitar Kuala Lumpur.

Memulakan perniagaan getah dan kopi sebagai sumber utama syarikat, KLRC kemudiannya beralih kepada perniagaan minyak sawit bagi menggantikan getah lama pada 1962.

Perusahaan yang diterajui generasi kedua keluarga Lee di bawah kepimpinan Tan Sri Lee Oi Hian kini lebih tertumpu secara global dan KLK kini menjadikan tanaman minyak sawit sebagai perniagaan utama syarikat itu.

KLK hari ini bukan sahaja menjadi sebuah entiti yang mempelbagaikan penanaman perladangan bahkan turut mengambil bahagian dalam pembangunan oleokimia serta pembangunan hartanah selain perladangan yang menjadi perniagaan utama syarikat.

Memiliki hampir 270,000 hektar tanah ladang, KLK kini tersenarai antara tiga syarikat perladangan utama di negara.

Dari aspek taburan geografi, kira-kira 26 peratus daripada simpanan tanah perladangan KLK terletak di Semenanjung Malaysia, manakala 15 peratus di Sabah, 51 peratus di Indonesia, dan lapan peratus di Liberia.

Selain perladangan, KLK juga mempunyai kedudukan yang baik dalam bidang pembuatan berasaskan sumber tenaga dengan menempatkan beberapa kilang di Malaysia, Indonesia, China, termasuk Eropah.

 Mengintegtasikan Pengeluar Minyak Sawit Tanaman kelapa sawit dahulunya hanya dijadikan sebagai tanaman hiasan, sewaktu dibawa masuk ke Tanah Melayu kini telah berkembang menjadi antara sumber utama ekonomi negara.

Menurut perangkaan rasmi, kira-kira 75 peratus tanah pertanian di Malaysia telah digunakan untuk tujuan penanaman kelapa sawit secara tidak langsung menjadi sumber terpenting yang menyumbang hampir 46 peratus daripada jumlah kasar keluaran dalam negara pada tahun 2015.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Urusan Perladangan KLK, Lim Kiam Chye, kadar pengeluaran minyak sawit dunia kebelakangan ini dilihat semakin mendatar meskipun beberapa kelebihan lain yang dilimiki dalam industri kelapa sawit.

"Tidak hanya negara-negara luar, bahkan Malaysia juga turut terkesan.

Bagaimanapun, hasil persaingan minyak dunia dapat mengekang permasalahan ini dan disokong pula dengan penggunaan mesin dan kemajuan teknologi," ujarnya.

"Ia merupakan salah satu punca mengapa KLK harus memberi lebih tumpuan dalam mempertingkatkan pengeluaran minyak sawit. Kami berpendapat bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah suatu kemestian dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan," katanya.

KLK telah menjalankan R&D ekstensif menerusi syarikat di bawah gabungannya, Applied Agricultural Resources Sdn Bhd (AAR) yang pakar dalam bidang penyelidikan perladangan tanaman tropika.

Lim juga menambah, ini kerana tumbesaran dalam produktiviti industri minyak sawit tidak setmpal dengan kenaikan upah serta kos pengeluaran.

"Ini adalah jawapan mengapa kenaikan pada produktiviti harus diberi penekanan.

"Agensi yang terlibat seharusnya membantu pemilik ladang kelapa sawit kecil-kecilan bagi mempertingkatkan lagi saingan dan produktiviti mereka," jelasnya.

Mengulas mengenai cabaran berhadapan industri minyak sawit Malaysia, Lim berkata, kekurangan tanah menjadi halangan terbesar bagi sektor pertumbuhan berasaskan kuantiti di negara ini.

"KLK komited dalam memulihara hutan utama, tanah gambut dan Hutan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCVF).

"Namun buat masa ini, tiada tanah yang sesuai untuk dijadikan ladang bagi penanaman kelapa sawit, sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah disebabkan keluasan tanah yang tidak mencukupi.

"Begitu juga di Sarawak, KLK tidak merancang untuk penanaman kelapa sawit di sana kerana tanah gambut tidak sesuai untuk tanaman itu meskipun ia memiliki kawasan tanah yang luas," katanya.

"Bagaimanapun, apa jua masalah yang dihadapi, kami percaya mampu untuk membangunkan ladang jika terpaksa.

"Itu punca mengapa kami lebih memilih untuk meneroka sektor perladangan di luar negara terutamanya Indonesia memandangkan tidak wujud isu kekurangan tanah di sana," tambahnya.

Kemapanan industri sawit, kata Kiam Chye turut menyentuh mengenai tanggungjawab KLK dan syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam industri minyak sawit negara dalam memainkan tanggungjawab mereka untuk mengekalkan konsep kelestarian alam sekitar dari sebarang pencemaran.

"Sebagaimana Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari Malaysia (RSPO), kami menyokong sepenuhnya langkah itu kerana aktiviti pengkomersialan tidak seharusnya dilakukan sehingga memberi kesan terhadap alam sekitar.

"Bagaimanapun, bagi memastikan sijil MSPO mendapat penerimaan ramai, setiap agensi yang terlibat perlu bijak mencari strategi dalam mempromosikan minyak sawit yang diluluskan itu.

Untuk makluman, hanya 55 peratus - 60 peratus minyak sawit yang telah diperakui dijual pada harga premium, manakala selebihnya dijual pada harga tidak mengikut standard dan menjadi punca pengeluar tidak berminat untuk memohon sijil.

Tindakan beberapa pengeluar yang menggunakan label "Tiada Minyak Sawit" pada produk mereka, sedikit sebanyak telah menjejaskan industri kelapa sawit negara.

Bagaimanapun, beliau mengakui proses bagi mendapatkan sijil pengiktirafan itu pada hakikatnya mahal, rumit dan juga memakan masa.

Berkuatkuasa Disember depan, kesemua syarikat perladangan harus memiliki pensijilan MSPO, manakala estet dan pekebun kecil kelapa sawit diberi tempoh sehingga Jun dan Disember 2019.

Selain daripada memainkan tanggungjawab terhadap alam sekitar, KLK turut memberi perhatian yang besar kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Untuk makluman, kami juga memperuntukkan sebanyak satu hingga dua peratus daripada keuntungan bersih tahunan syarikat untuk tanggungjawab sosial korporat," ujarnya.

KLK bagaimanapun mengekalkan segmen perladangan sebagai perniagaan utama syarikat.

"Perniagaan di sektor perladangan ini akan terus diperkukuh dan menjadi antara syarikat perladangan gergasi pada masa hadapan," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAhDaQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit

Itulah artikel KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/klk-perkukuh-kedudukan-dalam-pasaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KLK Perkukuh Kedudukan Dalam Pasaran Kelapa Sawit"

Catat Ulasan

Loading...