Loading...
Tajuk : Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan
link : Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan
Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan
PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad bertegas tidak akan meletak jawatan selagi tidak didapati bersalah.
“Kenapa pula saya perlu letak jawatan? Saya rasa cadangan itu tidak boleh, apalah sebab.
“Kecuali saya (didapati) bersalah. Saya tak salah, kenapa saya kena letak (jawatan)?” katanya selepas 4 jam disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu FGV hari ini.
Beliau mengulas saranan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi supaya beliau dan pengerusi FGV meletak jawatan secara sukarela.
Katanya, Zakaria dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad perlu mengambil jalan lebih bermaruah dengan berundur dari FGV untuk memberi pelaung kepada muka baru meneruskan usaha yang menguntungkan pemegang saham.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata, SPRM akan meneruskan siasatan ke atasnya esok.
“Layanan SPRM bagus, dekat 4 jam. Harap masalah ini selesai dalam 2 minggu,” katanya yang tiba di ibu pejabat SPRM dengan beberapa dokumen kira-kira jam 3 petang tadi.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Susulan itu, Zakaria menyeru SPRM menyiasat keseluruhan operasi FGV bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.
Hari ini, kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan 4 individu itu, selain meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut. #sumber
Thus Article Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan
Itulah artikel Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/zakaria-bertegas-dakwa-dia-tidak.html
0 Response to "Zakaria Bertegas Dakwa Dia Tidak Bersalah, Tak Perlu Letak Jawatan"
Catat Ulasan