Loading...
Tajuk : Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963
link : Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963
Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963
Rafa AzmirSIBU: Sarawak hantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
“Memang kita teruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan mencari rujukan,” katanya.
Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.
“Perjanjian ini bukan sebarang perjanjian, kita mahu dapat fakta-fakta yang betul. Sebab apabila kita hendak menuntut hak, kita mesti buat ‘homework’, kalau tidak, kita tembak (tuntut) sebarangan, susah,” jelas beliau.
Pada masa sama, kajian yang betul perlu dibuat dan melihat mana-mana peruntukan yang harus dipertahankan, katanya.
Thus Article Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963
Itulah artikel Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/sarawak-hantar-pasukan-peguam-ke-london.html
0 Response to "Sarawak Hantar Pasukan Peguam Ke London, Semak Perjanjian Malaysia 1963"
Catat Ulasan