Loading...

UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020

Loading...
UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020
link : UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020

Baca juga


UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah menyasarkan kedudukan antara 300 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings (WUR) menjelang 2020, selaras dengan Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020).

UUM dalam kenyataannya di sini menyatakan universiti itu mahu menjadi satu-satunya universiti tempatan bukan komprehensif dan bukan penyelidikan yang berada dalam kelompok 2.7 peratus universiti tersenarai dalam QS World University Rankings 2018 daripada 26,000 universiti di dunia.

"Tanpa memiliki bidang-bidang sains, perubatan, kejuruteraan dan teknologi dan hanya bersandarkan kepada bidang sains sosial dan pengurusan, UUM berjaya meningkatkan kedudukannya dalam QSWUR 2018 ke tangga 729, meningkat 10 anak tangga berbanding 739 sebelumnya, sekali gus berada di kedudukan 701-750 terbaik dunia," menurut kenyataan itu.

QS World University Rankings merupakan senarai kedudukan tahunan universiti-universiti terbaik dunia. Sebanyak sembilan universiti tempatan tersenarai dalam QS senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan pada 8 Jun lepas.

Daripada jumlah itu, lima universiti penyelidikan di negara ini meningkat dan berada dalam senarai 300 universiti terbaik di dunia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Empat lagi universiti tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UUM pula berada dalam ranking 1,000 universiti terbaik dunia.

Tahun ini, sebanyak 4,854 institusi dipertimbang untuk disenaraikan dan sebanyak 959 institusi daripada 84 negara berjaya disenarai yang meningkat sebanyak 43 universiti berbanding tahun sebelumnya.

"Universiti-universiti ini disenaraikan berdasar enam petunjuk iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, sitasi setiap fakulti, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa," kata kenyataan UUM itu.

Bagi edisi 2018, lebih 75,000 akademia dan 40,000 majikan di seluruh dunia terlibat dalam kaji selidik global yang dijalankan oleh QS. Sebanyak 12.3 juta artikel dan 71.5 juta sitasi dianalisis bagi mengukur kecemerlangan sesebuah universiti dalam penyelidikan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8kqwp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020

Itulah artikel UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/uum-sasar-kedudukan-300-universiti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UUM sasar kedudukan 300 universiti terbaik dunia menjelang 2020"

Catat Ulasan

Loading...