Loading...

Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral

Loading...
Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral
link : Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral

Baca juga


Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral

JOHOR BAHRU: Seramai 41 individu terdiri daripada 12 lelaki dan 29 perempuan ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah hotel di Skudai, di sini, malam semalam.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan berdasarkan hasil risikan pihak jabatan yang mendapati kawasan berkenaan telah menjadi sarang aktiviti tidak bermoral.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata sasaran utama dalam operasi ini adalah wanita warga asing yang disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral dan semua yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

"Antara yang ditahan adalah 28 warga asing yang terdiri daripada tiga lelaki warga Singapura, 21 wanita warga Vietnam, tiga wanita warga Thailand dan seorang lelaki warga India.

"Manakala, 13 rakyat Malaysia terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita yang dipercayai menjadi dalang di sebalik aktiviti ini. Kesemua yang ditahan berumur antara 17 dan 50 tahun dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Imigresen Negeri Johor untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri, disyaki memiliki pas atau permit palsu dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

"Ketika serbuan, kesemua wanita asing berada dalam bilik masing-masing yang berkunci dari dalam serta ada yang bersama pelanggan daripada pelbagai warganegara yang disyaki melakukan aktiviti pelacuran.

"Pegawai serbuan juga terpaksa memecahkan pintu bilik masing-masing kerana mereka enggan membuka dan memberi kerjasama apabila diminta membuka pintu," jelasnya.

Tambah Mustafar, modus operandi pusat ini adalah dengan membuat promosi menggunakan aplikasi WeChat di mana pelanggan-pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh memilih wanita asing menerusi aplikasi berkenaan.

Hasil siasatan awal juga mendapati pelanggan dikenakan bayaran sekitar RM200 ke RM500 untuk mendapatkan perkhidmatan wanita warga asing ini.

Dari 1 Januari sehingga 8 Jun tahun ini, sebanyak 6,642 operasi penguatkuasaan telah dijalankan dan melibatkan pemeriksaan ke atas 71,925 individu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 20,604 warga asing dan 597 majikan ditahan manakala seramai 24,827 warga asing telah diusir.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t60bgd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral

Itulah artikel Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jabatan-imigresen-tahan-41-individu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Imigresen tahan 41 individu jalankan aktiviti tidak bermoral"

Catat Ulasan

Loading...