Loading...

Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim

Loading...
Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim
link : Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim

Baca juga


Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim

KUALA LUMPUR: Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada 17 dan 18 Julai ini merupakan pentas terakhir bagi atlet negara membuktikan kemampuan mereka untuk dipilih mewakili negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim berkata kejohanan itu yang dianggap sebagai acara pra Sukan SEA, juga bakal menjadi platform kepada penganjur menguji peralatan dan tahap kesediaan untuk menganjurkan Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan.

"Kebanyakan atlet negara sedang menunjukkan perkembangan yang baik, tetapi ada juga beberapa atlet tidak menunjukkan prestasi yang kita mahukan...mungkin kerana sakit atau kecederaan. Bagaimanapun, semua diberi peluang sehingga Terbuka Malaysia.

"Walaupun tarikh tutup pendaftaran Sukan SEA pada akhir bulan ini, kita akan beri mereka peluang sehingga kejohanan itu. Kita akan daftar dulu nama yang ada, kemudian kita akan kemas kini senarai tersebut," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Pemilihan Sukan SEA KOM di Wisma OCM di sini, pada Ahad.

Selain Terbuka Malaysia, atlet negara juga bakal menyertai Terbuka Korea Selatan (hanya acara 100m dan 200m) pada hujung bulan ini dan Kejohanan Asia (ATF) ke-22 di Bhubaneswar, India bermula 6 hingga 9 Julai untuk menguji tahap prestasi mereka dalam kalangan atlet dari negara serantau.

Selepas senarai atlet dimuktamadkan pada Julai, latihan pusat kem olahraga akan diadakan di Ranau dan Kuala Lumpur, katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih olahraga kebangsaan Zainal Abas berkata 68 atlet negara berada dalam senarai ke Sukan SEA buat masa ini, tetapi hanya atlet terbaik yang dikenal pasti sehingga Terbuka Malaysia akan diberi peluang mewakili negara.

Beliau berkata dua jaguh Sukan Paralimpik Rio, atlet melontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli dan atlet lompat jauh Abdul Latif Romly turut berada dalam senarai, namun tidak akan menyertai ATF kerana akan mengambil bahagian pada Kejohanan Dunia Para di London bermula 14 hingga 23 Julai.

"Peluang meraih pingat di ATF agak sukar. Hanya Nauraj Singh Randhawa yang mempunyai peluang cerah tetapi beliau tidak akan menyertai ATF kerana mempunyai program yang padat di Eropah sehingga Kejohanan Dunia di London bermula 4 hingga 13 Ogos.

"Saya ingin menjelaskan ia terlalu awal untuk mengharapkan pingat di peringkat Asia. Kali terakhir kita menang pingat di ATF adalah pada 2009. Mereka perlukan lebih banyak pengalaman dan pendedahan untuk beraksi di pentas antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNfqxZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim

Itulah artikel Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/terbuka-msia-medan-pemilihan-terakhir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terbuka M'sia medan pemilihan terakhir Sukan SEA - Karim"

Catat Ulasan

Loading...