Loading...

Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos

Loading...
Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos
link : Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos

Baca juga


Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos


Ketua Setiausaha kepada kerajaan, Tan Sri Dr Ali Hamsa (gambar) akan bersara pada hujung bulan ini selepas memegang jawatan itu selama enam tahun.

Menurut laporan eksklusif oleh The Star, sumber daripada Jabatan Perdana Menteri berkata, kontrak beliau tidak akan diperbaharui.

"Hujung bulan ini, kontrak beliau akan tamat.
"Pentadbiran sebelum ini yang lanjutkan kontrak beliau," kata sumber terbabit.

Difahamkan, terdapat cadangan yang diberikan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Dr Ali, 63, sehingga hujung tahun ini.

Namun seorang sumber di pejabat Ketua Setiausaha itu yang mengesahkan tarikh perkhidmatan terakhir beliau adalah pada 29 Ogos ini.

Sebagai ketua perkhidmatan awam, Ketua Setiausaha tersebut adalah jawatan pegawai terpenting dalam kerajaan selepas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota Kabinet.

Yang di-Pertuan Agong akan memperkenankan pelantikan Ketua Setiausaha selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

Ketika Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau sering mempersoalkan kesetiaan kakitangan awam kepada kerajaan.

Beliau menjelaskan secara terang-terangan bahawa penjawat awam yang membantu dalam perbuatan salah laku kepimpinan sebelum ini harus meletakkan jawatan.

Antara kontrak mereka yang dipendekkan ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.



Thus Article Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos

Itulah artikel Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/kontrak-ksn-ali-hamsa-tamat-29-ogos.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kontrak KSN Ali Hamsa tamat 29 Ogos"

Catat Ulasan

Loading...