Loading...

Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek

Loading...
Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek
link : Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek

Baca juga


Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek

Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek

Segelintir netizen mendesak pesalah kes buli yang menyebabkan kematian dikenakan hukuman berat. (Gambar: katariau.com & kedahnews.com)

Kisah kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dipercayai akibat dibuli mahasiswa lain di universiti itu pada awal Jun lalu mendapat perhatian ramai masyarakat negara ini.

Pertama kerana ia berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi yang sepatutnya menjadi tempat melahirkan modal insan yang cemerlang dan kedua, dakwaan berhubung cara Allahyarham dibuli yang disifatkan sangat zalim dan menyayat hati.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Zulfarhan dipercayai dibelasah dengan menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum didera dengan seterika hanya kerana dituduh mencuri komputer riba. Maklumat yang tersebar di media sosial mendakwa hasil bedah siasat ke atas jasad Allahyarham mendapati terdapat kesan melecur tahap dua dan tiga pada 80 peratus tubuhnya manakala rusuk kirinya patah.

Tidak lama selepas itu satu kematian dilaporkan berlaku di Pulau Pinang melibatkan seorang remaja lelaki, T.Nhaveen, 18, meninggal dunia akibat buli dan dipukul sekumpulan remaja lain. Mangsa dipercayai dipukul remaja lelaki terbabit dengan menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang sehingga parah selain duburnya terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras.


TERTUDUH DI BAWA KE MUKA PENGADILAN 

Susulan kejadian itu, enam mahasiswa UPNM masing-masing berusia 21 tahun di dakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan pada 14 Jun lalu.

Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes pembunuhan Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan seperti berikut:

  • Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
  • Azamuddin Md Sofi 
  • Muhammad Najib Mohd Razi 
  • Muhammad Afif Najmudin Azahat
  • Mohamad Shobirin Sabri​
  • Abdoul Hakeem Mohd. Ali 


Bagi kes kejadian buli di Pulau Pinang, seramai empat remaja lelaki termasuk dua di bawah umur di dakwa menyebabkan kematian mangsa menghadapi pertuduhan di mahkamah pada 19 Jun lalu.

OKT kes pembunuhan Nhaveen mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan di baca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman mati mandatori ialah.

  • J.Ragesuthen berusia 18 tahun
  • S.Gokulan berusia 18 tahun. 
  • Dua remaja bawah umur masing-masing berusia 16 dan 17 tahun
 

Kematian Zulfarhan dipercayai menjadi mangsa buli menarik perhatian khalayak yang bersimpati dengan nasib mahasiswa itu.

KEMARAHAN MASYARAKAT 

Kisah kematian Zulfarhan dan Nhaveen yang tersebar meluas itu nyata mengundang kemarahan orang ramai. Masyarakat Malaysia mengeji dan mengutuk kezaliman yang berlaku apatah lagi bersimpati ke atas kedua mangsa yang meninggal dunia.

Apa yang jelas, media sosial menjadi platform untuk melepaskan geram. Badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik mengeluarkan kenyataan media menyatakan bantahan dan marah mereka di atas kejadian tersebut.

Sebahagian netizen juga mengambil insiatif mendapatkan maklumat orang-orang yang disyaki itu di alam siber dan kemudian mendedahkan maklumat mereka di Internet. Maklumat termasuk nama dan gambar orang-orang disyaki itu ditularkan sebelum di sambut dengan sumpah seranah netizen lain. Rata-rata mereka mahu ke semua OKT dikenakan hukuman yang berat dengan segera.
 

PENDIRIAN SUHAKAM 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam satu kenyataan mengakui berasa sangat sedih dan turut bersimpati ke atas kematian Zulfarhan dan Nhaveen kerana kedua-duanya meninggal dunia pada usia muda akibat perbuatan buli yang keterlaluan.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, SUHAKAM memahami kerisauan masyarakat berhubung kematian kedua-dua mangsa. Bagaimanapun, desakan orang ramai supaya menjatuhkan hukuman yang berat adalah satu penyelesaian jangka pendek kerana tindak balas sedemikian tidak dapat menangani punca sebenar masalah sosial itu.

Menurutnya, hubung kait antara buli dan seterusnya masalah delinkuen dan perbuatan jenayah tidak boleh diabaikan. Justeru, mengenal pasti dan intervensi buli di peringkat awal adalah perlu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.

Golongan dewasa bertanggungjawab dalam membentuk suatu persekitaran yang positif serta menghentikan keganasan dalam kehidupan kanak-kanak dan remaja. Setiap individu mempunyai hak untuk dihormati, selamat dan bebas daripada keganasan, gangguan dan buli, bebas daripada penyeksaan, kekejaman, perbuatan tidak berperikemanusiaan serta perbuatan menjatuhkan maruah.

"Apabila buli tidak dapat dikesan, maka ibu bapa, guru, pelajar, pemimpin agama dan masyarakat, kerajaan serta semua pihak berkepentingan perlu mencari formula yang sesuai untuk mencegah buli bagi melindungi kanak-kanak, pelajar dan juga masyarakat," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXojoZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek

Itulah artikel Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/susulan-sumpah-seranah-netizen-di-media_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Susulan Sumpah Seranah Netizen Di Media Sosial, SUHAKAM Tidak Mahu Keputusan Jangka Pendek"

Catat Ulasan

Loading...