Loading...

Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah

Loading...
Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah
link : Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah

Baca juga


Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah



Othman-Aziz1
Gambar Facebook


JERLUN: Kerajaan bersetuju dengan cadangan pihak swasta untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut di Kuala Sanglang dan membenarkan kajian kebarangkalian, keuntungan dan kemungkinan projek dijalankan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata, sekiranya direalisasikan pelabuhan itu akan memendekkan tempoh perjalanan kargo antara kawasan utara Malaysia Barat dan selatan Thailand.

“Hari ini, kargo yang datang dari Eropah ke Asia Timur perlu turun di Singapura dan sudah tentu ia mengambil masa yang lama. Jadi kita jangkakan, kalau pelabuhan ini dan Songkhla menjadi kenyataan, ia akan menjimatkan tempoh perjalanan kargo sebanyak 5 hingga 7 hari,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan Dewan Orang Ramai Kuala Sanglang hari ini.

Beliau berkata, rakan sejawat di Thailand turut mengalu-alukan cadangan projek tersebut.

Othman berkata laporan awal cadangan tersebut menyatakan kawasan itu mempunyai kedalaman laut mencukupi untuk pembinaan pelabuhan selain dilihat mampu menggalakkan kapal-kapal berkapasiti besar berlabuh.

Beliau berkata, kerajaan bersedia untuk memudahkan pergerakan kargo ke selatan Thailand melalui utara Malaysia Barat supaya dapat menyegerakan urusan transaksi perniagaan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Langkah itu boleh dilaksanakan melalui usaha memaksimumkan penggunaan landasan kereta api berkembar sedia ada yang merekodkan penggunaan semasa hanya pada kadar 20%, katanya.

Beliau berkata, penggunaan kereta api bagi tujuan penghantaran kargo sebenarnya lebih mudah kerana faktor ketersampaian lebih tinggi malah boleh berhenti di beberapa tempat dalam satu perjalanan.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata cadangan pelabuhan Kuala Sanglang itu susulan projek Bandar Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam yang turut merangkumi Depot Kargo Daratan (ICD).

“Kita perlu mewujudkan satu lagi pelabuhan untuk menghantar barang-barang yang ada di ICD Bukit Kayu Hitam berbanding mengangkut barangan itu ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang.

Jadi, ada kawasan di Kedah yang kita kenal pasti untuk tujuan pembinaan pelabuhan laut kerana ia mempunyai kedalaman mencukupi,” katanya.



Thus Article Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah

Itulah artikel Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/kerajaan-setuju-cadangan-bina-pelabuhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan setuju cadangan bina pelabuhan Kuala Sanglang, Kedah"

Catat Ulasan

Loading...