Loading...
Tajuk : Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui
link : Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui
Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui
SEKURANG-kurangnya 34 mayat ditemui susulan kejadian tembakan di Resorts World Manila, Filipina pagi tadi.
BBC melaporkan kebanyakan mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas kerana asap tebal.
Sementara itu, lebih daripada 50 orang dihantar ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan.
Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang lelaki bertopeng bersenjatakan senapang menceroboh kawasan kasino resort tersebut dan melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen sebelum membawa lari beg mengandungi cip judi.
Suspek kemudiannya ditemui dalam sebuah bilik di hotel tersebut dalam keadaan rentung dipercayai membunuh diri.
Lelaki dipercayai warga asing itu berbaring di atas katil dengan membalut diri dengan sehelai selimut tebal sebelum membakar dirinya.
Polis menjelaskan kejadian itu berkemungkinan bermotifkan rompakan dan bukan satu serangan oleh kumpulan pengganas. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui
Itulah artikel Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/serangan-di-kasino-manila-34-mayat_2.html
0 Response to "Serangan Di Kasino Manila: 34 Mayat Ditemui"
Catat Ulasan