Loading...

Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah

Loading...
Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah
link : Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah

Baca juga


Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah


SEMALAM, sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang wanita bertudung menunjukkan isyarat lucah gara-gara berebut tempat parkir kereta menjadi tular di laman sosial.

Rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan kurang sopan wanita itu tanpa mengetahui insiden sebenar, memandangkan ianya hanya dirakam sebelah pihak.

Berikutan itu, suami kepada wanita berkenaan tampil bersuara menceritakan hal sebenar insiden perebutan tempat parkir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah, Langkawi.

Menurut Muhammad Jefry Sudin, 33, kereta si perakam video sudah terlajak ke hadapan namun, wanita yang berkenaan mendakwa parkir itu adalah miliknya.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

“Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Tambahnya, pemandu kereta berkenaan kemudian mendakwa ruangan kosong itu adalah miliknya selain melemparkan kata-kata kesat. Hal itu sekaligus membuatkan isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, marah dan mengamuk.

Bagaimanapun, Jefry akui , dia memohon maaf bagi pihak isterinya atas perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut itu.

“Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.

“Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai,” jelasnya.

Terdahulu, seorang wanita yang memuat naik video tersebut, Ann Lim, mendakwa dia yang pertama tiba di parkir tersebut dan juga telah memberi isyarat untuk memasuki tempat letak kereta sebelum dipintas kereta pasangan berkenaan yang kemudiannya meletak kenderaan mereka di situ.

Video berdurasi 42 saat itu lantas menjadi tular hingga hangat diperkatakan rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah

Itulah artikel Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/cerita-sebenar-wanita-tunjuk-jari-tengah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cerita Sebenar Wanita Tunjuk Jari Tengah"

Catat Ulasan

Loading...