Tajuk : Puasa Untuk Tingkatkan Amalan Bukan Kurangkan Berat Badan
link : Puasa Untuk Tingkatkan Amalan Bukan Kurangkan Berat Badan
Puasa Untuk Tingkatkan Amalan Bukan Kurangkan Berat Badan
Assalamualaikum semua. Aku Ain. Minta maaf tajuk panjang lebar. Aku dah jadi isteri dan ibu dan aku seorang yang sangat weight-conscious. Maksudnya sangat jaga berat badan aku.
Aku dari kecil memang chubby. Tak gemuk, tapi berisi. Aku start lose weight nasa aku 14 tahun. Dapat lah 56kg. Lepas tu aku naik balik 68kg. Yelah sebab tak ada ilmu turun berat badan dengan bijak kan.
Masuk diploma, aku join silat. Jadi aku turun lagi tak tau berapa. Tapi nampak slim je dalam gambar. Senang cerita, aku turun naik sampai lah sekarang. Ubah mindset, dapatlah aku turun dengan mudah lagi-lagi aku join program berat badan dengan Herbalife. Membantu sangat sebab dorang tekankan pemakanan sihat. 80% nutrisi. 20% exercise. Eh aku bukan nak promote. Aku ceritakan pengalaman aku.
Ramadhan kali ni, aku sungguh-sungguh nak ambil kesempatan untuk makan secara sihat dan lose weight. Sebab sejak aku bersalin kali kedua, selera aku kalah king kong. Tak lapar pun selera semacam. Tapi, dah nak habis Ramadhan ni masih tak berapa berjaya dek kerana selera makan aku.
Aku sedar ada yang cakap Ramadhan bukan untuk kurangkan berat badan tapi tingkatkan amalan. Pada aku, kenapa tak boleh keduanya sekali? Jaga kesihatan tu pun sebahagian dari ibadah. Ha mula lah ada suara nak cakap aku tunggang agama kan. Cop cop.
Aku bila terbuncit je aku teringat kisah Saiyidina Umar Al-Khattab terjumpa seorang kawan yang buncit. Kawan beliau katakan itu nikmat tapi Saiyidina Umar kata itu musibah.
Aku dah beranak 2 kali. Bila aku gain weight je, badan aku sakit-sakit. Bangun pagi, turun katil je, nak jalan susah sebab tapak kaki aku sakit. Mula-mula aku ingatkan sebab aku dah beranak pinak kan. Bila aku dapat lose weight sikit, sakit-sakit tu pun hilang.
Jadi betul lah kalau kita ni terlebih berat badan, nak beribadah pun payah. Aku salute orang yang berisi dapat beribadah dengan tenang sebab untuk aku sangat payah. Hatta nak layan anak-anak lun berat je rasa.
So why not aku pasang niat untuk kedua-dua rohani dan jasmani sekali betul tak?
Walaupun aku dapat lose weight 3kg je sejauh ni dalam bulan Ramadhan, aku nak bagi sokongan pada orang-orang yang pasang niat untuk lose weight macam aku dengan berpuasa. Puasa is the best time untuk lose weight actually. Kes aku, aku terlebih selera makan. Tu semua nafsu aku sendiri kena lawan.
Jadi, aku nak ubah mindset aku dan ramai, kita tingkatkan lah amalan kita, dan kawal jugak lah berat badan kita. Lagi nak raya ni.
Terima kasih admin kalau siarkan confession aku. Salam 10 malam terakhir Ramadhan. Moga semua amalan kita akan diterima Allah Jalla wa Ala. Aamiin.
Ain
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWGsD3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Puasa Untuk Tingkatkan Amalan Bukan Kurangkan Berat Badan
Anda sedang baca artikel Puasa Untuk Tingkatkan Amalan Bukan Kurangkan Berat Badan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/puasa-untuk-tingkatkan-amalan-bukan.html
0 Response to "Puasa Untuk Tingkatkan Amalan Bukan Kurangkan Berat Badan"
Catat Ulasan