Loading...

Lembut Bukan Pondan

Loading...
Lembut Bukan Pondan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lembut Bukan Pondan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lembut Bukan Pondan
link : Lembut Bukan Pondan

Baca juga


Lembut Bukan Pondan

Lembut Bukan Pondan

Aku lelaki yang dikategorikan oleh manusia sebagai golongan lembut. Tapi sejujurnya aku tak lihat diri aku seperti itu. Aku rasa aku jenis perangai manja. Manja disini kalau aku rapat dengan seseorang aku jadi mengada2. Itu yang aku perasan kalau aku dah selesa dengan orang perangai manja aku keluar. Sekarang aku tak macam ini kalau aku rasa aku selesa dengan orang aku kawal diri aku. Dari dulu macam gelaran aku dah dengar orang panggil lembut, pondan, bapuk, sotong dan lain2.

Aku punya suara jenis macam suara mengada2. Suara aku tak kuat. Kalau aku marah pun dulu orang kata comel. Bodoh ke apa. Sekarang mungkin tak lagi. Cara aku bercakap sekarang seperti marah orang (ini apa yang org ckp). Kadang aku cakap macam biasa pun orang cakap janganlah marah. Tapi suara aku sampai sekarang masih tak kuat kadang aku cakap pun orang tak dengar. Dulu aku pernah dilantik sebagai ketua pengawas. Sebagai ketua kau kena baca ikrar. Semasa raptai aku baca ikrar sekuat mungkin tapi cikgu kata tak dengar terus aku kena tukar on the spot.

Dulu aku dan ramai budak kelas aku lupa buat kerja sekolah. Cikgu marah. Kitaorg disuruh berdiri di pentas dan baca ayat kami pemalas berulang kali. Satu sekolah tengok dan worst aku kena jadi ketua masa tu. Aku kena jerit bagi satu sekolah dengar. Jadi famous la aku dekat sekolah, orang aku tak kenal pun boleh kutuk aku tiba2. Banyak insiden buatkan aku jadi pendiam. Ada budak baru masuk ke sekolah aku. Aku diminta tolong untuk memanggil ketua kelas dia di padang, disebabkan jarak yang jauh aku macam jerit la. Boleh dia cakap rupa dah okay tapi suara hancur. Cikgu pun pernah tegur cuba suara awak tegas sikit. Aku pun tak tahu nak tegas macam mana.

Dan yang aku paling tak suka kalau budak perempuan tegur aku kau ni macam perempuan la. Aku tak suka aku lelaki bukan perempuan. Sejak tu aku rasa aku insecure pasal suara aku. Aku tak suka cakap. Aku suka diam. Kalau kena cakap aku pandang sekeliling. Sekolah rendah orang panggil aku sotong. Tak ramai kawan pun sapa nak kawan dengan sotong. Dulu kalau orang cari pasal aku gaduh balik dengan dorang. Bertumbuk bertampar aku kalau orang cari pasal lebih2.

Masuk sekolah menengah aku tak mau kena kutuk. Aku masuk seni pertahanan diri. Tapi lagi kena kutuk ada la. Sekolah menengah lagi best dapat variasi nama bapuk, pondan and etc. Kalau kutuk2 jer takpa lagi ini masih sentuh2, peluk2, cium2. Apa kau ingat aku pelacur takda maruah. Boleh tanya harga semalam berapa ringgit. Seronokkan bergurau. Apalagi kalau kau dah pondan, kawan kau pondan2 lah tapi bukan semua baik. Ada yang lembut tapi tak mahu dikategorikan sekali bawa diri sorang2.

Apalah salah aku. Kadang aku doa tuhan ubah suara aku ini. Aku jadi low self esteem. Aku masih lelaki cuma tuhan bagi sedikit kekurangan maka kenapa perlu menghina. Cuba kalau korang yang konon macho2 sangat berada dalam keadaan aku, apa korang rasa. Aku macam hilang diri aku, banyak aku cuba nak ubah untuk jadi lelaki. Aku cuba terima diri aku seadaanya tapi kadang2 aku benci diri aku. Aku tak teringin pun jadi perempuan tuhan ciptakan aku sebagai lelaki. Aku takda pun berpakaian seperti perempuan. Dulu masa sekolah time pendidikan jasmani aku main jer bola dengan budak2 lain. Aku pun tak suka tengok lelaki berpakaian seperti wanita. Tuhan ciptakan kau sebagai lelaki. Tapi itu pilihan mereka mungkin mereka selalu dikutuk juga.

Sampai sekarang aku masih insecure pasal suara aku. Kalau dengan kawan jer bergurau senda. Kadang kalau sembang kuat2 terus aku tengok sekililing. Aku jadi tak selesa. Kadang jumpa orang aku tak suka cakap. Bila presentation dalam kelas lagi aku tak suka. Aku akan tengok sekeliling. Sifat lembut dalam diri aku mungkin lebih sedikit dari kebiasaan lelaki sebab itu mungkin aku dikategorikan sebegini. Naluri aku sebagai lelaki mesti akan suka kepada wanita. Tapi aku tak tahu dorang memandang aku sebagai lelaki atau wanita.

Male

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rDxyGN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Lembut Bukan Pondan

Itulah artikel Lembut Bukan Pondan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lembut Bukan Pondan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/lembut-bukan-pondan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lembut Bukan Pondan"

Catat Ulasan

Loading...