Loading...

Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!

Loading...
Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!
link : Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!

Baca juga


Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!

PROTON Holding (Proton) tetap gagal menonjol walaupun telah diberi suntikan pinjaman tunai mudah RM1.5 bilion. Ini angka yang menyakitkan hati rakyat, terutama pembayar cukai. Tiga dekad berada dalam industri, Proton masih tidak mampu berdikari, malah kekal dengan sikap meminta-minta.

Malah, ada suara entah dari banat mana; merungut kononnya Kerajaan tidak memberikan bantuan penuh seperti dijanjikan. Suara rengekan ini membuatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohammed terpaksa segera menjelaskan: Bahawa baki RM250 juta akan dibayar segera berserta Dana Geran Penyelidikan yang dijanjikan.

Isunya sekarang: Apakah kalau Kerajaan terus memberi dan memberi, ada jaminan Proton akan sukses? Apakah masalah totok Proton ialah aliran tunai?

Kalau sudah lebih RM1 bilion dibantu, dan Proton terus kekal tenat: Tidakkah timbul isu ketidakcekapan pengurusan sedia ada?

Apakah tidak ada yang berani menyentuh isu pasukan pengurusan sekarang? Tidak ada yang berani mengatakan isu pengurusan turut menyumbang sebagai faktor utama Proton tidak kompetitif?

Isu Proton asyik minta duit dan duit terasa sangat menjelakkan hati rakyat. Sangat menjengkelkan. Lebih pelik, ada pihak yang cuba memberikan persepsi: Kerajaan tidak bermati-matian membantu Proton.

Tapi logiknya: Sebagai pemain industri mega dan sudah berusia 33 tahun, wajarkah Proton mahu terus hidup hanya dengan ehsan Kerajaan?

RM1.5 bilion bukan RM1.50 sen. Ia angka besar. Kalau dibalikkan kepada rakyat, ia mampu membina ribuan rumah PPRT Luar Bandar pada kos RM25 ribu ke RM30 ribu seunit.

Malah, mampu menyelesaikan projek Perumahan PR1MA yang diharapkan rakyat terutama anak muda. Malah, rakyat pun jadi marah kerana angka pinjaman tunai mudah ini diberikan ketika keadaan ekonomi negara sedang struggle.

Kalau berdasarkan maklumat sebelum ini, 1 Julai ini, Geely Automobile (Geely) akan mengesahkan penguasaan 49.9 peratus pegangan dalam Proton. Moga Geely mereformasikan pengurusan Proton.

Pelaburan untuk pembaharuan mesti dengan pakej reformasi kumpulan pengurusan. Dana baharu mesti sinergi dengan idea pengurusan yang kompetitif.

Geely tidak mungkin boleh bergantung pada pengurusan sedia ada, ketika prestasi mereka selama ini telah meletakkan Proton dalam keadaan genting.

Lupakan soal pengurusan tempatan. Terlalu banyak sentimen anak tempatan ada kalanya tidak sihat. Ia melingkupkan kita!

MAS sudah melakukannya. Banyak GLC lain turut berani melaksanakannya. Ini soal menyelamatkan wang awam dalam konteks menyelamatkan pulangan pinjaman tunai mudah. Juga menjadikan geran R&D juga berbaloi.

Jadi kita kena terbuka dalam isu pasukan pengurusan. Kerajaan mungkin tidak mahu campur tangan. Tetapi rakyat kena bersuara. Sekurang-kurangnya kerana sentimen Proton kononnya jenama nasional. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVa9EM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!

Itulah artikel Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/proton-juga-perlukan-reformasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Proton Juga Perlukan Reformasi Pengurusan!"

Catat Ulasan

Loading...