Loading...

Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar

Loading...
Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar
link : Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar

Baca juga


Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar

JOHOR BAHRU – Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang menghasilkan bebola tanah liat atau lebih dikenali sebagai Mud Ball, dilihat mampu merawat air sungai yang tercemar terutama di kawasan perairan Pasir Gudang.

Melalui program khidmat sosial sekolah tersebut dengan kerjasama Majlis Pembandaran Pasir Gudang (MPPG), penghasilan Mud Ball melibatkan seramai 92 pelajar tingkatan lima.

Pengetua sekolah itu, Rosnah Ismail berkata, pelan perkongsian pintar bersama MPPG ini memberi manfaat kepada pelajar selain membantu menyelesaikan masalah pencemaran serta membaik pulih kualiti air sedia ada.

“Dengan meletakkan Mud Ball ke dalam air, bola campuran tanah liat dan bahan-bahan organik itu mampu menstabilkan pH air, mengurangkan bau busuk air serta memecahkan molekul-molekul organik, sisa sampah dan sebagainya.”

“Seperti sedia maklum keadaan air sungai di Pasir Gudang agak kotor terutama Sungai Masai kerana aktiviti perindustrian. Justeru, kami mengambil langkah untuk bekerjasama dengan MPPG bersama-sama membaik pulih air di daerah ini ” katanya dalam temubual dengan Bernama, baru-baru ini.

Sementara itu, guru dan juga penyelaras program itu, Zaifarizah Md Sukor berkata Mud Ball yang dihasilkan juga akan diambil dan dibayar MPPG.

“Program ini bukan sahaja bermanfaat malahan mampu menjana kewangan dan hasil bayaran yang diterima akan disalurkan kepada koperasi sekolah dan bantuan bayaran yuran pelajar yang terlibat,” katanya.

Selain itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Johor Norfazli Jalani menyifatkan penghasilan Mud Ball oleh pelajar dan guru sangat menepati konsep pendidikan abad ke-21.

“Ini merupakan projek yang sangat baik, dari segi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pelajar dapat mengaplikasi ilmu yang diperoleh tersebut untuk masa hadapan nanti,” katanya.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima daripada pihak MPPG, pH asal air sungai yang dijadikan kajian adalah bersifat asid tetapi setelah Mud Ball digunakan , pH air berubah menjadi neutral,” katanya.

Selain sekolah tersebut, projek bersama MPPG ini turut melibatkan pelajar SMK Nusa Damai dan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) Johor Bahru. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUOWux

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar

Itulah artikel Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/mud-ball-bantu-rawat-air-tercemar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mud Ball Bantu Rawat Air Tercemar"

Catat Ulasan

Loading...