Loading...

Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

Loading...
Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa
link : Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

Baca juga


Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata penerbitan lagu-lagu etnik Murut merupakan langkah yang sangat baik untuk mempromosi bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda etnik Murut agar ia terus dipertuturkan.

Beliau berkata ada antara generasi muda etnik Murut di Sabah tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan antara punca kemerosotan itu ialah kurangnya pendekatan untuk memperkasakan penggunaan bahasa ibunda itu dalam kalangan masyarakat etnik berkenaan.

“Kita perlu menyedari situasi ini bahawa sesuatu kekurangan telah berlaku di kalangan etnik ini yang perlu diperbaiki segera,” katanya selepas melancarkan album ‘Pangkaraanku Diun’, nyanyian Keydeet Jake Lanjian, di Rumah Murut Hongkod Koisaan, di sini semalam.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, aktiviti kesenian masyarakat Murut, termasuk aspek bahasa etnik itu perlu dipergiatkan dalam usaha memartabatkan identiti serta keunikan budaya bangsa itu di persada nasional.

“Dalam kita berusaha untuk memastikan bahasa ibunda dan budaya kita terus relevan, kita juga mahu supaya budaya kita dikenali dan diterima oleh bangsa-bangsa yang lain di negara ini,” katanya.

Radin mengajak para pencipta lagu Murut di negeri ini supaya sentiasa berusaha menghasilkan lirik serta lagu yang bermutu tinggi agar lagu-lagu itu dapat menembusi lebih luas dan bagi tujuan itu mereka memerlukan strategi lebih berkesan.

Katanya adalah satu kesilapan besar jika penggiat industri muzik ingin menerajui industri muzik pada era digital ini tetapi pada masa sama masih mengekalkan pendekatan atau strategi pengurusan lama.

“Era digital meletakkan industri muzik terdedah kepada perkembangan dunia tanpa sempadan,” katanya.

Justeru, Radin mahu penggiat seni di negeri ini, khususnya dalam kalangan karyawan etnik Murut, supaya memperkasakan penguasaan ilmu dalam persaingan menghadapi era digital industri muzik. – BERNAMA.

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWKMBY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa

Itulah artikel Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/penerbitan-lagu-etnik-murut-langkah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penerbitan Lagu Etnik Murut Langkah Penggunaan Bahasa"

Catat Ulasan

Loading...