Loading...

Bicskei harapkan tiga pemain

Loading...
Bicskei harapkan tiga pemain - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bicskei harapkan tiga pemain, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bicskei harapkan tiga pemain
link : Bicskei harapkan tiga pemain

Baca juga


Bicskei harapkan tiga pemain



ARKIB : 20/07/2005

KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun, Bertalan Bicskei masih mengharapkan sentuhan tiga pemain berpengalaman - Rudie Ramli, Mohd Nor Ismail dan Mohd. Ivan Yusoff untuk disenaraikan dalam skuad utama ke Sukan SEA di Manila, November ini.

Buat jurulatih dari Hungary itu, pengalaman ketiga-tiga pemain untuk berada dalam skuad utama di Liga Super mewakili PKNS, Perak dan Perlis, jelas menjadi pertaruhan utama.

Ketika ini, ketiga-tiga pemain berkenaan masih bergelut dengan masalah kecederaan yang menghalang mereka daripada melaporkan diri dalam kelompok 41 pemain sebagai persiapan mantap memburu pingat emas dalam temasya di Manila itu.

``Saya tahu kebolehan sebenar yang ada pada Rudie, Mohd. Ivan dan Mohd. Nor dan saya masih mengharapkan mereka dapat pulih serta tersenarai membawa cabaran ke Sukan SEA.

``Nama mereka sebenarnya berada dalam senarai utama,'' ujarnya di sini, semalam.

Kehadiran ketiga-tiga pemain itu mampu menyuntik semangat dan kekuatan di kalangan pemain lain yang rata-rata beraksi dalam Piala Presiden.

Beliau mengakui kebanyakan pemain yang dipanggil menjalani latihan adalah muka baru yang tidak diketahui kebolehan sebenar kerana beraksi dalam liga Piala Presiden.

Begitupun, tempoh dua minggu memaksa Bicskei menyenaraikan 22 pemain utama yang berkaliber untuk mengikuti sesi latihan rapi di Poland, awal bulan depan.

Namun daripada 41 pemain yang dipanggil menjalani latihan, Bicskei terpaksa melepaskan empat pemain iaitu Mohd Azlan Najimuddin, Reeshafiq Alwi, Mohd Iqbal Suhaimi dan Mohd Farid Ideris akibat kecederaan.

Manakala tiga pemain dari Sabah, Ronny Harun, Sumardi Hajalan dan Rosdin Wasli baru melapor diri kelmarin.

Dalam pada itu skuad bimbingan Bicskei akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang MK Land (hari ini), Kuala Lumpur (23 Julai) dan Telekom (27 Julai).

Kesemua perlawanan akan diadakan di padang Wisma FAM di Kelana Jaya.

Mengenai kelibat Titus James Palani dan Azlan Ismail, Bisckei berkata, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai keupayaan kedua-dua pemain tersebut.

Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2rst0Wy
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Bicskei harapkan tiga pemain

Itulah artikel Bicskei harapkan tiga pemain Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bicskei harapkan tiga pemain dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bicskei-harapkan-tiga-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bicskei harapkan tiga pemain"

Catat Ulasan

Loading...