Tajuk : Pemilik Tanah, Struktur Pohon Beri Kerjasama
link : Pemilik Tanah, Struktur Pohon Beri Kerjasama
Pemilik Tanah, Struktur Pohon Beri Kerjasama
PAPAR – Pemilik tanah yang terlibat dengan projek naik taraf jalan raya dari Donggongon sepanjang 16 kilometer dipohon memberi kerjasama penuh bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk Ir Amrullah Kamal berkata, pada masa ini perjalanan projek jalan raya berkenaan, yang akan menjadi sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo, berjalan dengan amat baik.
“Kita bermula pada Februari 2016 dan akan siap pada Ogos 2018. Ini (boleh siap ikut jadual) kalau tidak ada masalah yang timbul seperti pampasan tanah dan sebagainya.
“Sekarang ini, perkembangan (projek ini) masih baik. Kalau mengikut jadual, kita punya perkembangan sekarang ini ialah 29 peratus tetapi sebenarnya 30 peratus. Maknanya, kita masih mendahului jadual sebanyak 0.6 peratus,” katanya.
Amrullah berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program penyerahan surat tawaran pampasan tanah bagi projek naik taraf Jalan dari Donggongon ke Simpang Papar Spur (Pakej 2B dan 3A) anjuran Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di Dewan Datuk Salleh Sulong, dekat sini hari ini.
Menurut Amrullah, sekiranya pemilik tanah yang telah diberi surat tawaran pampasan tanah atau surat tawaran pampasan struktur atau bangunan mempercepatkan penerimaan (persetujuan) mereka terhadap tawaran pampasan itu, ia akan mempercepatkan perjalanan projek berkenaan.
Beliau berkata pemilik struktur atau bangunan pula mungkin akan diberi masa untuk berpindah namun seboleh-bolehnya berharap mereka menerima pampasan yang disediakan dan berpindah segera kerana lambat laun projek berkenaan akan dilaksanakan di atas tanah mereka.
“Tentang peruntukan untuk pampasan ini, tidak ada masalah. Itu (peruntukan) sudah tersedia. Cuma kalau mereka merayu, itu yang mengambil masa. Tapi itu hak mereka,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQK3PR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pemilik Tanah, Struktur Pohon Beri Kerjasama
Anda sedang baca artikel Pemilik Tanah, Struktur Pohon Beri Kerjasama dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/pemilik-tanah-struktur-pohon-beri.html
0 Response to "Pemilik Tanah, Struktur Pohon Beri Kerjasama"
Catat Ulasan