Loading...
Tajuk : Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN
link : Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN
Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN
ANTARAPOSSHAH ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan dipanggil pada “bila-bila masa” berhubung dakwaan hubungan sulit melibatkannya dengan wanita berstatus isteri orang.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Portal BNBBC yang memetik beliau sebagau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan susulan tindakan Jabatan Peguam Negara yang mengembalikan kertas siasatan berkenaan.
“Kami hantar tiga kali. Kemudian kami perlu siasat balik selepas terima arahan,” katanya dipetik portal berkenaan.
Bagaimanapun Mohamad Fuzi enggan mengulas sama ada polis sudah merekod keterangan Dzulkifli.
Sebelum ini Mohamad Fuzi berkata Dzulkifli akan disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan susulan penyebaran tiga video pendek beliau berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.
Rakaman itu mendakwa Dzulkifli terlibat dalam hubungan sulit, sehingga menjadi punca penceraian wanita itu.
Seksyen 498 Kanun Keseksaan menyebut adalah satu kesalahan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks.”
Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini meminta semua pihak memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara menyiasat kes video dikaitkan dengan pegawai kanan SPRM itu.
Thus Article Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN
Itulah artikel Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/dakwaan-hubungan-sulit-dzulkifli-akan.html
0 Response to "Dakwaan hubungan sulit: Dzulkifli akan dipanggil bila-bila masa, kata KPN"
Catat Ulasan