Loading...

Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid

Loading...
Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid
link : Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid

Baca juga


Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Malaysia menganggotai Lembaga Pengarah dalam Institut Standards dan Metrologi untuk Negara-Negara Islam (SMIIC) mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Halal Malaysia sesuai dengan peranan aktif dimainkan kerajaan dalam pembangunan standard dan akreditasi halal global.

"Jawatankuasa Kebangsaan SMIIC yang diterajui Jabatan Standard Malaysia akan menjadi agensi penyelaras kepada semua program di bawah SMIIC untuk Malaysia," kata beliau dalam kenyataan di sini.

Beliau hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Halal Malaysia bil 2/2017 yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Timbalan perdana menteri berkata majlis itu turut memperakukan cadangan Blueprint (Pelan Tindakan) Memperkasa Bumiputera dalam industri halal.

Pelan tindakan itu akan diselaraskan bersama agenda Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) dan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0) di bawah Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera (Teraju), katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Majlis Halal Malaysia sejak ditubuhkan pada 2016 telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menambah baik proses pengeluaran Sijik Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melalui program Halal Fast Force.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan program itu sejak 1 Ogos 2016 dan sedang diperluaskan di negeri-negeri secara berperingkat bagi memastikan proses SPHM dilaksanakan dengan seragam dan cepat.

"Bagi tempoh lima bulan tahun ini, sebanyak 977 permohonan SPHM yang diterima dan sebanyak 966 atau 98.8 peratus telah diluluskan oleh Jakim," katanya.

Bagi merancakkan lagi ekosistem halal di negara ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan sedang menggerakkan lima agenda penting untuk tempoh 2018 hingga 2020.

Agenda itu adalah memperkasakan Halal Professional Board (HPB) di peringkat antarabangsa untuk melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang halal; dan menubuhkan International Halal Authority Board (IHAB) yang dapat mengharmonikan semua autoriti halal dunia dalam pensijilan halal.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan turut membentuk Halal International Research Academy (HIRA) yang belum pernah lagi terdapat di rantau ini.

Beliau berkata kerajaan turut mewujudkan Malaysia Institute Halal Academy (MIHA) untuk melahirkan generasi teknokrat dalam industri halal; dan menubuhkan Halal Innovation and Technology Centre (HITeC) untuk mengembangkan lagi tahap kreativiti dan inovasi dalam industri halal.

Menurut Ahmad Zahid sebanyak tujuh kertas pembentangan daripada Jakim, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Antaranya hala tuju Majlis Halal Malaysia sehingga 2020; inisiatif membangunkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Bumiputera dalam industri halal; dan memperkukuh penglibatan Malaysia dalam aktiviti standard dan akreditasi bidang halal antarabangsa.

Turut dibincangkan adalah kertas mengenai penambahbaikan proses penyampaian perkhidmatan SPHM; dan kerangka baharu Pelan Induk Industri Halal.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sr9BCK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid

Itulah artikel Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/malaysia-anggotai-lembaga-pengarah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia anggotai Lembaga Pengarah SMIIC mulai tahun ini - TPM Ahmad Zahid"

Catat Ulasan

Loading...