Loading...
Tajuk : Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini
link : Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini
Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini
Debaran kisah cinta gadis bernama Mawar menerusi drama rantaian bersiri, Seharum Mawar bakal dirungkai dalam episod terakhirnya pada malam Hari Raya Aidilfitri Sabtu ini.
Mengisahkan seorang gadis miskin bernama Mawar lakonan Ika Nabila yang bekerja sebagai orang gaji di rumah orang kaya bernama Puan Hafifah dan Tuan Jamal, Seharum Mawar disiarkan sejak 26 Mei lalu setiap hari di TV1 pada pukul 7 malam.
Turut menjayakan drama bersiri Ramadan tersebut yang paling mendapat perhatian tahun ini ialah Fezrul Khan, Hafidz Roshdi dan Noniswara.
Menurut penerbit drama berkenaan, Sheila Rusly daripada JS Pictures Sdn. Bhd., kekuatan karya Seharum Mawar terletak kepada kemampuan pengarahnya, Amie Maziah yang berjaya menggarap sebuah naskhah Ramadan yang baik dan berkesan di hati penonton.
“Saya tidak sangka Seharum Mawar mendapat sambutan baik daripada penonton kerana banyak saingan daripada drama-drama cinta lain yang turut disiarkan serentak.
“Apa yang saya boleh janjikan ialah drama ini akan mempunyai pengakhiran yang gembira, namun pada masa sama memberikan keinsafan serta melekat di hati penonton,” kata Sheila yang memberi gambaran pengakhiran menggembirakan bakal disaksikan penonton dalam episod final nanti. - Kosmo
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVZGJB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini
Itulah artikel Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/penamat-cinta-mawar-sabtu-ini.html
0 Response to "Penamat Cinta Mawar Sabtu Ini"
Catat Ulasan