Loading...

Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah

Loading...
Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah
link : Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah

Baca juga


Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan laporan pakar berhubung persoalan sama ada penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang beragama Islam dalam permohonan semakan kehakiman oleh Jill Ireland Lawrence.

Perkara itu dimaklumkan peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill, wanita Kristian berbangsa Melanau, kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Annou berkata laporan pakar itu akan difailkan oleh KDN melalui Jabatan Peguam Negara berhubung persoalan sama ada penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam atau boleh digunakan oleh penganut Kristian.

"Laporan perlu difailkan sebelum atau pada 14 Julai ini dan pihak kami perlu menunggu laporan pakar itu bagi melihat isi kandungannya," katanya yang turut memaklumkan bahawa 19 Sept ini ditetapkan untuk pendengaran merit dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, mewakili KDN dan kerajaan selaku responden berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kementerian itu bagi mengenal pasti pakar yang terbabit dalam laporan tersebut.

Jill memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Ogos 2008 supaya lapan CD yang mengandungi kalimah Allah dipulangkan kepadanya atas alasan dia berhak menyimpan, menggunakan dan mengimportnya.

CD berkenaan bertajuk 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', dirampas daripada Jill, dari Sarawak, sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang pada 11 Mei 2008.

Pada 21 Julai 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan CD berkenaan dipulangkan kepadanya tetapi tidak mengeluarkan pengisytiharan seperti dipohonnya, bahawa dia berhak untuk menyimpan, menggunakan dan mengimport CD itu.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan lapan CD itu selepas menolak rayuan kementerian terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan memerintahkan kementerian memulangkan CD itu dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan itu.

Panel itu turut memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Jill bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa dia boleh menyimpan, menggunakan dan mengimport CD itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sh8M2b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah

Itulah artikel Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/mahkamah-perintah-kdn-fail-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah"

Catat Ulasan

Loading...