Loading...

26,384 PATI diusir sejak Januari

Loading...
26,384 PATI diusir sejak Januari - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 26,384 PATI diusir sejak Januari, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 26,384 PATI diusir sejak Januari
link : 26,384 PATI diusir sejak Januari

Baca juga


26,384 PATI diusir sejak Januari

MALAYSIAKINI


Seramai 26,384 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diusir dari Malaysia sejak awal Januari sehingga semalam, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata kesemua PATI itu diusir hasil daripada 6,936 operasi penguatkuasaan di seluruh negara, di mana 75,190 warga asing diperiksa.

"Dalam tempoh sama, seramai 21,717 PATI ditahan diatas pelbagai kesalahan Imigresen. Seramai 619 majikan juga ditahan sepanjang tempoh berkenaan," katanya pada sidang berita selepas majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Jabatan Imigresen Selangor di Shah Alam semalam.

Turut hadir Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar.

Di majlis itu, Mustafar turut menyampaikan sumbangan kepada 16 ibu tunggal, 12 kakitangan Jabatan Imigresen dan lapan kanak-kanak kurang upaya.

Dalam perkembangan lain, Mustafar mengingatkan majikan supaya mendaftarkan pekerja asing mereka melalui program Enforcement Card (E-Card) sebelum berakhirnya tarikh akhir pada 30 Jun ini.

"Ini kerana, Jabatan Imigresen akan melaksanakan penguatkuasaan dan mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal berbuat demikian mulai 1 Julai ini,"katanya.

Sehingga kini, sebanyak 113,670 E-kad sudah dikeluarkan di seluruh negara.- Bernama




Thus Article 26,384 PATI diusir sejak Januari

Itulah artikel 26,384 PATI diusir sejak Januari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 26,384 PATI diusir sejak Januari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/26384-pati-diusir-sejak-januari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "26,384 PATI diusir sejak Januari"

Catat Ulasan

Loading...