Loading...

Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi

Loading...
Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi
link : Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi

Baca juga


Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi


 


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) memperingatkan semua pihak termasuk penjawat-penjawat awam yang masih berkhidmat dengan badan perundangan, supaya tidak membuat sebarang keputusan dan tindakan yang boleh disifatkan mencabar dan menguji kesabaran umat Islam di negara ini.

Mutakhir ini, PPP melihat terlalu banyak keputusan dan tindakan pelbagai pihak termasuk keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sivil yang boleh menghilangkan kesabaran umat Islam termasuk yang terkini berkaitan dengan isu ‘Bin Abdullah’.


Seharusnya semua pihak, dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan mengambil kira juga penghormatan terhadap Institusi Islam dan peka dengan sensiviti umat Islam.

Dalam isu-isu seperti ini, sekiranya tidak ditangani secara berhemah boleh mencetuskan konflik yang boleh menggugat kestabilan negara. Sesuatu keputusan dan tindakan yang berasaskan pendekatan konvensional secara membuta tuli dengan tidak mempedulikan sensitiviti pihak lain akan mengundang pihak tersebut mengambil pendekatan konfronsional.

Di dalam sejarah negara, ‘Peristiwa Natrah’ menjadi contoh yang terbaik. Peristiwa ini cuba diselesaikan secara konvension dengan membicarakannya melalui Undang-undang British yang kemudiannya tidak memihak kepada hasrat bersama umat Islam. Ia diikuti pula oleh provokasi media-media penjajah ketika itu sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam memuncak. Ekoran dari itu, umat Islam mengambil pendekatan tidak konvensional atau pendekatan konfronsional dengan membuat rusuhan.

PPP melihat, keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Mahkamah Rayuan berkaitan isu ‘Bin Abdullah’ ini boleh mencabar dan menguji kesabaran umat Islam. Ia disusuli dengan kenyataan dan liputan media yang boleh menambahkan lagi kemarahan umat Islam.

PPP melahirkan kebimbangan ada kelompok dari kalangan umat Islam yang akan memilih untuk tidak menghormat mahkamah disebabkan mereka melihat Islam sudah tidak dihormati. Oleh sebab itu, PPP mengharapkan penghormatan terhadap Institusi Islam dan sensitiviti umat Islam dapat dipelihara.

*Dr Mohd Zuhdi Marzuki,Pengarah PPP



Thus Article Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi

Itulah artikel Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/bin-abdullah-jangan-ulangi-kes-natrah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi"

Catat Ulasan

Loading...