Tajuk : Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000
link : Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000
Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000
KUALA TERENGGANU – Padah menyamar doktor gigi, seorang wanita berusia 19 tahun dijatuhi hukuman denda RM40,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Sesysen, pada Selasa.
Syidatul Hizlin Abd Hamid didakwa menyediakan perkhidmatan klinik pergigian swasta tanpa pendaftaran sah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk memberikan rawatan pendakap gigi kepada Non Nor Izyani Megat Setia, 30, pada 10 Febuari lalu.
Lapor Sinar Harian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis Nabila Homestay, 902A, Jalan Haji Busu, Pantai Batu Burok, lebih kurang jam 3.30 petang.
Dengan itu Syidatul didakwa melakukan kesalahan di bawah subperenggan 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (AKTA 586) yang boleh dihukum di bawah subperenggan 5(1) (a) (i) Akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Malaysia, Nurul Khairiyah Samsudin di hadapan Hakim Rofiah Mohamad. -MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLWzjF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000
Anda sedang baca artikel Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/wanita-menyamar-doktor-gigi-didenda.html
0 Response to "Wanita Menyamar Doktor Gigi Didenda RM40,000"
Catat Ulasan