Loading...

30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini

Loading...
30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini
link : 30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini

Baca juga


30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini

KOTA KINABALU: Tiga puluh lagi pakej di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan ditender kepada syarikat-syarikat yang layak secara berperingkat mulai Jun ini sehingga penghujung tahun 2017.

Pengarah Urusan Borneo Highway PDP (BHP) Sdn Bhd Ir Shahelmey Yahya berkata projek lebuh raya tersebut mempunyai 35 pakej, yang lima pakej daripadanya kini dalam fasa pembinaan.

"Kami komited dengan terma perjanjian rakan pelaksana projek lebuh raya ini bahawa kami akan menyempurnakannya menjelang 31 Dis 2021 sebagaimana dipersetujui antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan," katanya pada Majlis Berbuka Puasa anjuran syarikat itu di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Shahelmey turut mengucapkan terima kasih dan melahirkan penghargaan kepada kementerian juga jabatan di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan serta badan swasta yang terlibat dalam pelaksanaan fasa pertama projek lebuh raya tersebut.

"Kami berharap segala komitmen dan kerjasama ini akan dapat kita teruskan pada fasa kedua sekali gus menjayakan pelaksanaan projek ini secara keseluruhannya," katanya.

Mengenai majlis, Shahelmey berkata ia merupakan acara berbuka puasa julung kali diadakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat membantu golongan kurang berkemampuan.

Pada majlis itu, seramai 70 anak yatim dari tiga rumah anak yatim masing-masing Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah, Papar; Home Tuaran; dan Rumah Amal Kasih Kingfisher Likas diraikan.

BHP Sdn Bhd turut memberikan duit raya kepada setiap anak yatim berkenaan selain sumbangan RM3,000 kepada setiap rumah anak yatim. -  BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqoGsk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini

Itulah artikel 30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/30-lagi-pakej-lebuhraya-pan-borneo.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "30 lagi pakej Lebuhraya Pan Borneo ditender secara berperingkat bulan ini"

Catat Ulasan

Loading...