Loading...

Tips Elak Memngumpat

Loading...
Tips Elak Memngumpat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tips Elak Memngumpat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tips Elak Memngumpat
link : Tips Elak Memngumpat

Baca juga


Tips Elak Memngumpat

maxresdefault.jpg

LUMRAHNYA wanita suka bercakap. Bagaimana hendak mengelak daripada mengumpat?

Orang kata perempuan ni memang suka bercakap. Baik orang Terengganu atau orang Perlis, sama sahaja. Kalau dah perempuan memang dia suka bersembang. Ada juga perempuan pendiam. Itu satu dalam sejuta. Cuba perhatikan mak dan ayah kita. Siapa yang lebih banyak bercakap? Ayah kita senyap saja tetapi mak yang banyak cakap. Sebab itu Allah jadikan, tangan, kaki dan semua anggota lelaki kuat. Mulut sahaja tidak kuat.

Orang perempuan pula kaki tidak larat. Kalau berjalan, selalu tertinggal di belakang. Kalau angkat barang, rebah. Semua tak kuat. Satu saja yang kuat, mulut!. Sebab tu orang perempuan banyak masuk neraka kerana mengumpat. Jahat orang lelaki lain: mencuri, hisap dadah, rompak bank, berjudi dan laga ayam. Orang perempuan mulutlah jahatnya.

Bagaimana untuk tidak mengumpat?

Selalulah mendengar tazkirah tentang dosa-dosa mengumpat. Hadirlah selalu ke kuliah kerana mendengar kuliah ini ada kekuatan. Kalau seminggu sekali kita mendengar, seminggu sekali kita selamat. Kalau hari-hari kita dengar orang mengajar, maka ada kekuatan. Hendak main, mainlah. Hendak meniaga, meniagalah. Tetapi dalam sehari mesti hadir kuliah. Apabila kita hadir, malaikat akan mendoakan kekuatan bagi kita dalam menjana Islam dalam diri kita.

Kemudiannya, kita kenal pasti kawan-kawan yang suka mengumpat. Jadi jangan lepak dengan mereka. Memang tidak sedap. Lebih-lebih lagi jenis orang yang petang-petang pergi ke rumah jiran. Memang seronok bersembang cerita buruk orang.

Oleh sebab itu, kita hendaklah selalu ingat, kalau berzina Tuhan ampuni. Tetapi kalau mengumpat? Ada hadis menyebut bahawa ada seseorang yang suka berzina. Akhirnya dia bertaubat, lalu Tuhan ampunkan. Tetapi dosa mengumpat Allah tidak ampun melainkan dia kena beritahu orang yang diumpat itu. Susah? Memang susah. Manusia apabila hatinya kotor, dia suka cerita keburukan orang lain. Kalau hati dia bersih, dia tidak suka bercerita. Jadi kalau kita ingin kenal hati kita kotor atau bersih, perhatikan sama ada kita suka bercerita keburukan orang lain atau tidak? Ataupun kita suka tumpang dengar cerita keburukan orang lain.

Oleh sebab itulah, kalau kita pergi ke rumah orang, apabila dibawa cerita kebaikan orang, orang tidak mahu dengar. Tetapi kalau cerita keburukan, orang suka dengar. Contohnya semasa kenduri kahwin, apabila pengantin lelaki hitam dan pengantin perempuan putih, kita mengata. Apabila pengantin perempuan pula gemuk dan suami segak, kita mengata juga.

Ini semua kerana hati kotor. Allah berfirman yang bermaksud: Pada hati mereka ada penyakit. Sepatutnya kita kata: Alhamdulillah. Sudah jodoh dia. Jadi bersihkanlah hati kita semula. Apabila sahaja kejadian yang kita nampak kena bersangka baik.

Ustaz Azhar Idrus

Sumber: islamituindah.info



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzY2fV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tips Elak Memngumpat

Itulah artikel Tips Elak Memngumpat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tips Elak Memngumpat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tips-elak-memngumpat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tips Elak Memngumpat"

Catat Ulasan

Loading...