Tajuk : PKR DI PERSIMPANGAN, KEKALKAN SELANGOR ATAU PH
link : PKR DI PERSIMPANGAN, KEKALKAN SELANGOR ATAU PH
PKR DI PERSIMPANGAN, KEKALKAN SELANGOR ATAU PH
NASIB dan masa depan kerajaan negeri Selangor berada di persimpangan hujung minggu ini apabila kongres tahunan PKR akan berlangsung di Shah Alam bermula hari ini.
Kongres itu juga dijangka menjadi medan menentukan sama ada gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR mampu mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Lebih-lebih lagi apabila PKR menjadi orang di tengah, tersepit antara bekas rakan kerjasamanya PAS dan sekutu PH pada masa ini, DAP, Amanah dan Bersatu.
PAS – parti pembangkang terbesar dalam bentuk keahlian dan jaringan kebangsaan – memutuskan ikatan dengan PKR tetapi masih mahu kekal dalam pentadbiran PH di Selangor.
Jika PKR berkeras menyingkirkan PAS, negeri terkaya Malaysia yang diterajui mereka itu akan goyang dan jika kerjasama dengan parti Islam itu diteruskan, hubungan dengan DAP, Amanah dan Bersatu akan tercalar.
Sebelum memutuskan hubungan dengan PKR, PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas untuk tidak bekerjasama dengan DAP, Amanah dan Bersatu.
Penganalisis dan pemimpin bagaimanapun percaya, perpecahan dan pertembungan dalaman PKR mengenai PAS dan isu lain perlu diselesaikan hujung minggu ini kerana ia kongres terakhir sebelum PRU14.
Orang tengah
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor mempunyai tugas berat untuk menjustifikasikan kepada seluruh ahli parti berhubung pergolakan terbaru itu.
“PAS terus mengambil manfaat dari Selangor sedangkan mereka akan menggunakan segala manfaat daripada kerajaan sedia ada untuk menyerang PKR kembali.
“Sikap politik ini menjadikan PKR tersepit antara kekuatan PAS dan meraikan rakan dalam PH,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Hisomuddin berkata keputusan PAS minggu lalu untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR sudah pasti akan mendapat perhatian pembahas dan tidak dapat dielakkan dalam kongres yang bermula dengan ucapan perasmian Azmin bagi Pemuda dan Wanita malam ini.
“Ia juga akan tertumpu kepada kerusi potensi untuk PKR setelah PAS tidak lagi bersama.
“Kerusi yang dipinjamkan PAS kepada PKR akan menjadi kerusi tumpuan dan terdedah kepada persaingan tiga penjuru,” katanya merujuk kepada kerusi yang diserahkan PAS kepada PKR ketika mereka bekerjasama.
PKR pada Rabu, menggesa ahli mereka meletakkan semua jawatan lantikan di Kelantan, dilihat sebagai langkah untuk mendesak PAS melakukan perkara sama di Selangor.
Kekalkan tumpuan pada matlamat asal
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata PKR perlu mengekalkan status quo di Selangor dan merapatkan barisan menjelang PRU14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Bukanlah jalan yang terbaik untuk menyebabkan ketidakstabilan di Selangor kerana ia satu-satunya negeri diperintah mereka.
“Tambahan pula, pertengkaran berterusan dengan PAS hanya akan membazirkan kekuatan mereka pada ketika ia diperlukan untuk memperkukuhkan parti dan bersatu,” katanya.
Bagi orang lama PKR sejak zaman reformasi 1998 seperti Chua Tian Chang, parti dipimpin Anwar Ibrahim itu tidak boleh lari daripada fokus utama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Kita harus bersatu padu untuk menjatuhkan rejim kleptokrasi.
“Kita tidak seharusnya lari dari fokus untuk menumbangkan BN dengan menyerang parti pembangkang lain seperti dilakukan sesetengah parti,” katanya yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, dipercayai merujuk kepada muktamar PAS bulan lalu.
Kongres dua hari itu dijangka dihadiri 2,167 perwakilan dan kira-kira 2,000 pemerhati dari seluruh negara.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAyxcJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article PKR DI PERSIMPANGAN, KEKALKAN SELANGOR ATAU PH
Anda sedang baca artikel PKR DI PERSIMPANGAN, KEKALKAN SELANGOR ATAU PH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pkr-di-persimpangan-kekalkan-selangor.html
0 Response to "PKR DI PERSIMPANGAN, KEKALKAN SELANGOR ATAU PH"
Catat Ulasan