Loading...

Strategi ikut keupayaan pemain

Loading...
Strategi ikut keupayaan pemain - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Strategi ikut keupayaan pemain, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Strategi ikut keupayaan pemain
link : Strategi ikut keupayaan pemain

Baca juga


Strategi ikut keupayaan pemain



Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
KETUA jurulatih baru Harimau Malaya, Nelo Vingada mengakui tidak mengamalkan atau terikat dengan satu falsafah bola sepak sebaliknya lebih gemar menerapkan corak permainan berdasarkan keupayaan pemain.

Biarpun ada segelintir jurulatih yang suka menggunakan satu falsafah seperti tiki-taka ataupun 'total football', pengendali dari Portugal itu dilihat selesa mengamalkan strategi biasa mengikut kesesuaian pasukan.

"Saya tak pernah harapkan yang luar biasa sama ada main cara itu atau cara ini. Saya boleh kongsikan kepada anda pengalaman ketika saya bergelar jurulatih kebangsaan Arab Saudi.

"Ketika itu kami (Arab Saudi) mempunyai dua penyerang bagus iaitu Sami Al-Jaber dan Saad. Kami mula bina pasukan dan mereka adalah tunjak kejayaan.

"Tetapi strategi berbeza saya gunakan ketika membimbing FC Seoul di Korea Selatan.

"Semuanya bergantung kepada kelebihan dan keupayaan seseorang pemain itu sama ada dia pantas, berani menggelecek ketika berdepan satu lawan satu atau mempunyai mental yang kuat," katanya ketika ditemui pada sidang media pertamanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Vingada, 64, yang baru tiba di Malaysia semalam akan memulakan tugasnya pada 28 Mei ini dan akan berentap mengharungi aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan di Stadium Larkin pada 13 Jun depan.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 6:10 PM


Thus Article Strategi ikut keupayaan pemain

Itulah artikel Strategi ikut keupayaan pemain Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Strategi ikut keupayaan pemain dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/strategi-ikut-keupayaan-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Strategi ikut keupayaan pemain"

Catat Ulasan

Loading...