Loading...

Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi

Loading...
Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi
link : Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi

Baca juga


Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara mengekalkan latihan berintensiti tinggi pada Ramadan ini bagi memastikan prestasi pemain terus berada pada tahap terbaik menjelang Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussels, Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai depan.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata walaupun bulan puasa beliau tetap mengekalkan jumlah intensiti latihan yang sama seperti sebelum ini bagi mengelakkan pemainnya mengalami kualiti latihan yang tidak baik.

“Saya tidak boleh menurunkan intensiti latihan pada waktu begini sebab kejohanan sudah makin hampir dan kita berada di dalam kumpulan maut. Oleh itu jika kita tidak bersedia dengan sempurna, kita akan dimalukan nanti.

“Daripada pengalaman saya, kualiti latihan akan menurun sekiranya kita kekurangan air, jadi sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko mengekalkan waktu yang sama seperti sebelum Ramadan. Sebulan ini pemain perlu berkorban dan mereka tidak mempunyai masalah untuk itu,” katanya.

Muhammad Dharma Raj juga berkata keputusannya memperkenalkan jadual latihan baharu yang bermula pada sebelah malam kemudian disambung semula pada awal pagi sebelum berakhir dengan latihan ringan di gimnasium selepas sahur, disambut baik anak buahnya.

Menurutnya reaksi positif yang ditunjukkan skuad dengan jolokan Malaysian Tigress yang kini menduduki ranking ke-14 dunia itu jelas membuktikan kesungguhan dan kegigihan mereka untuk mencipta sejarah layak beraksi di pentas Piala Dunia 2018 di London.

“Latihan sebelah malam bermula pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam sebelum disambung semula pada 3.30 – 5 pagi dan kemudian mereka akan balik untuk bersahur. Mereka (pemain) sangat positif dan saya memang dapat lihat kesungguhan yang ada dalam diri mereka.

“Pemain tahu ini adalah satu-satunya peluang terakhir mereka memburu slot untuk beraksi di London, jadi mereka sedar apa yang perlu dibuat selepas saya memberitahu tentang pelan latihan pada Ramadan,” katanya.

Malaysia dijangka menerima tentangan hebat daripada negara kuasa besar hoki apabila diundi berada di dalam Kumpulan B bersama Australia, Belgium, New Zealand dan Sepanyol.

Skuad negara bimbingan Muhammad Dharma Raj akan berlepas ke Amsterdam, Belanda, pada 12 Jun ini bagi mengharungi tiga perlawanan pemanas badan sebelum berlepas ke Brussels lima hari kemudian dan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Itali. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbP9Gh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi

Itulah artikel Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/skuad-hoki-wanita-kekal-latihan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...