Loading...

Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Loading...
Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini
link : Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Baca juga


Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Pasaran saham Asia didagang perlahan dan berhati-hati walaupun Wallstreet sekali lagi merekod paras tertinggi dalam sesi dagangan Khamis. Kaunter-kaunter minyak banyak terkesan disebabkan mesyuarat OPEC yang menyebabkan kelemahan di hampir kesemua kaunter-kaunter tenaga.

Hal ini menyebabkan indeks di Australia ASX 200 yang  terdiri dari banyak syarikat-syarikat komoditi susut 0.7% dalam penutupan hari ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak 5% disebabkan kekecewaan terhadap perjanjian lanjutan oleh OPEC yang kurang dari jangkaan pasaran.

Nikkei 225 turut susut 0.3% dengan Hang Seng tidak berubah dan Shanghai Komposit naik 0.2%.

Moody’s menyatakan pertumbuhan ekonomi China akan semakin perlahan dan China berpotensi kehilangan penarafan A1 jika terdapat isyarat hutang yang semakin bertambah dan melebihi jangkaan.

Di Eropah, tinjaun terbaru menunjukkan Parti Emmanuel Macron (En Marche!) dijangka akan memenangi majoriti yang lebih banyak dalam pilihanraya parlimen bulan depan dengan 310-330 kerusi (280 kerusi untuk majoriti).

Di UK pula tinjauan Yougov semalam menunjukkan margin perbezaan antara Parti Konservatif dan Parti Buruh semakin kecil. Parti Theresa May kini dengan sokongan 43% (-1) manakala Parti Buruh dengan 38% (+3).

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), Gbp/Usd meneruskan kejatuhannya selepas gagal bergerak ke arah 1.3000. Kini Gbp/Usd didagang di sekitar 1.2869 jatuh sebanyak 160 pip dari paras tertinggi Khamis berikutan anggaran pertumbuhan ekonomi GDP yang meleset dari jangkaan dan juga persaingan antara Parti Konservatif dan Buruh yang semakin sengit.

Eur/Usd sejak beberapa hari ini didagang tidak menentu disebabkan faktor pergerakan US dolar yang turun-naik dan juga kekuatan matawang Euro sendiri berdasarkan sentimen semasa. Tidak lupa juga matawang yang berkaitan komoditi kebanyakan susut sejak semalam.

Dalam pasaran komoditi, pasaran minyak mentah meneruskan kelemahan pada Jumaat selepas OPEC  bersetuju untuk membuat pertaruhan lebih lama bagi menyeimbangkan pasaran. Dalam mesyuarat di Vienna pada Khamis, OPEC dan beberapa pengeluar non-OPEC bersetuju untuk melanjutkan perjanjian untuk mengurangkan sebanyak 1.8 juta tong sehari pada akhir suku pertama tahun 2018.

Di Amerika Syarikat, menurut Presiden Fed St.Louis, James Bullard berkata bahawa trend inflasi AS berada pada fasa yang agak membimbangkan kerana bacaan harga semasa AS nyata lebih rendah daripada jangkaan. Selepas kenaikan kadar faedah pada bulan Mac lalu, rancangan Fed untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan dianggap agresif di saat bacaan inflasi yang masih berada di bawah tahap 2 peratus.

Presiden Fed John Williams berkata beliau masih lagi melihat tiga kali kenaikan kadar tahun ini adalah bersesuaian dengan ekonomi yang kini bergerak dalam keadaan agak panas.

Menantu lelaki Presiden Trump, Jared Kushner yang juga Penasihat White House berhadapan dengan pemerhatian atau penelitian Federal Bureau of Investigation (FBI) dalam siasatan yang membabitkan Rusia seperti yang dilaporkan oleh Washington Post dan NBC News pada Khamis.

The post Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4zPh1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Itulah artikel Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/sentimen-semasa-pasaran-global-setakat_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini"

Catat Ulasan

Loading...