Loading...

Asal usul tagline #MaluApaBossku

Loading...
Asal usul tagline #MaluApaBossku - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Asal usul tagline #MaluApaBossku, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Asal usul tagline #MaluApaBossku
link : Asal usul tagline #MaluApaBossku

Baca juga


Asal usul tagline #MaluApaBossku


KUALA LUMPUR 15 Jan.- ‘Malu apa bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial.
Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.

Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah pasti melihat fenomena penggunaan bahasa slanga ini dengan lebih jelas lagi.
Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dari Sabah.
“Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function ‘bossku’ ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation,” tulis @ASyrfe 
Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan ‘bossku’ mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.
“Perkataan ‘bos’ orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat ‘Bos, boleh tanya ke?’. Dia sama macam ‘bro’ juga la. Di sabah semua orang ‘bos’, tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan ‘bos’ memang biasa,” kata @InjangNation
Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan ‘bossku’ merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu. 
“Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia,” tulis laman sesawang tersebut.
Sementara sebutan ‘malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bosku’.
Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan ‘malu apa bossku’ juga telah tersebar dengan pantas di saluran media sosial.-UTUSAN ONLINE 


Thus Article Asal usul tagline #MaluApaBossku

Itulah artikel Asal usul tagline #MaluApaBossku Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Asal usul tagline #MaluApaBossku dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/asal-usul-tagline-maluapabossku.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Asal usul tagline #MaluApaBossku"

Catat Ulasan

Loading...